Memiliki rumah dua tingkat yang mempunyai siling tinggi, memang akan berfikir panjang untuk melakukan ubahsuai pada ruang seperti ini. Sejujurnya, rumah sebegini biasanya pemilik rumah akan lebih memilih untuk membina loteng dek kerana ia mampu membuatkan lebih kelihatan menarik.
Akan tetapi, penghasilkan konsep loteng seperti ini memang memerlukan modal dan bajet yang agak besar jika ingin mengupah orang, Namun, jika ia dilakukan secara sendiri mungkin kos yang dikeluarkan lebih jimat dan murah. Disebabkan faktor itu, pemilik rumah ini yang bernama Marhayu MJ telah melakukan ubahsuai rumah hinggap miliknya dengan cara sendiri sahaja.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Berkongsi deko (loteng) rumah hinggap, teres 4 bilik, 2 bilik air dapat kunci penghujung 2017. Peram dulu setahun tanpa apa-apa renovation (kumpul modal dulu sebenarnya)
Kos untuk loteng ruang tamu dan loteng untuk 2 bilik lebih kurang RM30k termasuk wiring, lampu dan kipas.
Keadaan ruang ini sebelum diubahsuai.
Keadaan loteng sebelum diubahsuai, seram juga bila kita lihat.
Siap juga akhirnya, dekorasi dan konsep ubahsuai ini hanya mengikut citarasa sendiri.
Keadaan bilik nombor 2 siling tinggi, atas itu jadikan lagi satu bilik. Pintunya naik ikut tangga loteng di ruang tamu.
Dekorasi bilik untuk anak daranya.
Keadaan tangga loteng sebelum diubahsuai.
Lantai pasang adalah jenis vinyl 3mm. Beliau beli dari Shopee. Frame dari Airis Wall Deco dan Fiddle fig beli dekat kaison.
Pintu bilik atas. Atas bilik anak dara tadi.
Ianya masih belum siap sepenuhnya lagi.
Bilik nombor 3 pun buat loteng. Buat tempat simpan bantal, cadar, toto. Semua sumbat disitu.
Hiasan yang dilakukan simple sahaja.
Pintu bilik atas sebenarnya mahu dilakukan sebegini, tetapi mampu dihasilkan seiras ini sahaja.
Loteng di ruang tamu di inspirasikan dari gambar ini. Ambil pada bahagian sebelah atas itu sahaja.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk mereka yang mahu mendeko ruang loteng seperti ini.
Semoga bermanfaat.