Melakukan ubahsuai rumah memang memerlukan masa untuk siap. Lebih-lebih lagi apabila ubahsuai yang dilakukan itu mengikut bajet yang ada sahaja. Jika ada bajet, barulah kerja berjalan.
Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Zapa Abdul Rahim. Walaupun dilakukan secara berperingkat, beliau telah berjaya mengubahsuai rumah miliknya dengan cukup kreatif dan menarik.
Jadi, jom sama-sama ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah syukur ya Allah. Selepas hampir 1 tahun kerja renovation (termasuk yang lain-lain), baru siap seperti yang di inginkan.
Berjaya juga pasang shiplap wall, walaupun amatur. Semoga jadi inspirasi dan dapat memberi manfaat.
Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang tamu selepas diubahsuai.
Pandangan ruang memanjang dari arah pintu masuk sebelum diubahsuai.
Bahagian pintu masuk selepas diubahsuai. Dekorasi yang dihasilkan cukup kelihatan mewah dengan penggunaan tona warna dan lampu yang menarik.
Bahagian dalaman rumah sebelum diubahsuai. Lampu juga belum dipasang lagi.
Hasil penuh keadaan rumah setelah selesai diubahsuai dengan konsep dan gaya yang cukup simple dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.