Ubahsuai Rumah Kampung Guna Cara DIY Wainscoting

4,715 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika ingin mengubahsuai rumah kampung, memang memerlukan sedikit kesabaran dan kewangan yang lebih. Hal ini kerana, apabila ingin mengubahsuai rumah lama, banyak faktor yang perlu dititik beratkan.

Sekiranya mengupah orang, mungkin kos yang dikeluarkan akan lebih lagi. Namun, jika mahu menjimatkan kos, apa kata cuba untuk ubahsuai rumah sendiri dengan cara DIY sahaja.

Itu yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Mar Shah Fiq. Disebab mahu berjimat cermat, beliau melakukan ubahsuai rumah kampungnya itu secara seorang diri sahaja.

Jadi, jom kita ikuti perkongsian menarik ini.

Ubahsuai Rumah Kampung Kepada Gaya Wainscoting

Semua plan suami. Isterinya hanya memerhati apa akan terjadi. Wainscoting hasil tangan laki bini. Rumah kampung sahaja.

Keadaan rumah sebelum diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Kampung

Proses pecahkan dapur dilakukan.

deco rumah

Keadaan rumah semasa proses ubahsuai sedang giat dijalankan.

deco rumah

Keadaan ruang tamu selepas diubahsuai dengan menerapkan gaya dan konsep wainscoting.

Dengan berkat kesabaran yang tinggi, akhirnya beliau mampu menyiapkan rumah pada asalnya rumah kampung lama kini menjadi rumah kelihatan moden.

Wainscoting ruang tamu
Wainscoting ruang tamu

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada semua pembaca dalam cuba untuk menghasilkan dekorasi rumah.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down