Ubahsuai Rumah Kuaters Klasik Jenis Semi-D Berkonsepkan Eksklusif

2,425 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bagi sesiapa yang pernah tinggal di rumah jenis kuaters lama, keadaan yang dapat digambarkan adalah seperti suram, tidak terurus dan seangkatan dengannya. Boleh dikatakan sangat jarang sekali rumah kuaters mempunyai pekerja yang khusus dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan menjaga kuaters tersebut.

Jadi, penghuni yang menetap di situ sendiri yang harus membersihkan rumah itu. Jika penghuni telah berpindah, selagi rumah itu tidak diduduki oleh penghuni baru, ianya akan kekal suram dan terbiar. Begitulah kehidupan yang rata-rata pernah dihadapi oleh penghuni kuaters lama.

Namun, sekiranya kita merupakan penghuni baru di situ, janganlah kita terus membiarkan rumah kediaman tersebut kekal kelihatan suram dan kurang menarik. Sebagai penghuni yang berhemah, apa salahnya kita cuba cantikkan rumah tersebut jadikan rumahku syurgaku buat keluarga kecil kita.

Seperti yang dilakukan oleh penghuni rumah kuaters ini yang bernama Ruwaida Ridzwan, beliau telah memilih untuk menjadikan kuaters suram yang baru dihuni 7 bulan itu kepada satu konsep yang lebih ceria dan sedap mata memandang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut hasil ubahsuai dan dekorasi yang dihasilkan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Ubahsuai Rumah Kuaters Klasik Berkonsepkan Exclusive

Alhamdulillah, sebelum vs selepas.

Dalam masa 7 bulan, terapi minda dan mata. Hari-hari sapu vacuum dan mop.

Kuarters 1980an rumah Semi-D. Deco bilik tidur tak tunjuk sebab exclusive, tiada almari baju dalam bilik tidur. Baju semua dalam bilik khas untuk baju.

Deco simple sesuai dengan 3 orang anak dan 2 ekor si bulus.

Ruang tamu sebelum diubahsuai.

Rumah Kuaters Klasik

Ruang tamu selepas diubahsuai.

Rumah Kuaters Klasik

Sudut entrance rumah. Bahagian ini ada hand sanitizer dan mask.

Rumah Kuaters Klasik

Dapur sebelum diubahsuai.

Rumah Kuaters Klasik

Dapur selepas diubahsuai.

Rumah Kuaters Klasik

Rak barang-barang elektrik dan rempah ratus dibeli dari IKEA. Tupperware pada bahagian bawah itu akan disimpan di dalam bekas lain nanti.

Rumah Kuaters Klasik

Dapur khas untuk orang rendah. Orang lain tak boleh guna takut nanti sakit pinggang.

Rumah Kuaters Klasik

Ruang makan sebelum diubahsuai.

Rumah Kuaters Klasik

Ruang makan selepas diubahsuai.

Rumah Kuaters Klasik

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai ubahsuai rumah lama. Semoga ianya dapat memberi inspirasi buat semua pembaca untuk dalam menghasilkan ubahsuai dan dekorasi pada rumah jenis ini.

Selamat mendeko.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down