Ubahsuai Rumah Lama Berusia 30 Tahun Kepada Gaya "Moden Mewah Simple"

1,720 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa sangka rumah yang sudah berusia 30 tahun ini mampu menjadi seakan rumah mewah setelah dihias dan dibaik pulih. Bagi pasangan dari Thailand ini,untuk merealisasikan rumah impian mereka, ia mengambil masa lebih kurang 8 bulan dan 2 Juta Baht (RM270,000) untuk disiapkan. Ia direka sendiri oleh pemiliknya, dari OFFICIAL SPACE Co., Ltd. Walaupun menelan kos yang agak besar, ia sangat-sangatlah berbaloi dengan keindahan rumah ini setelah selesai dibaik pulih. Perkongsian kali ini adalah mengenai ubahsuai rumah lama berusia 30 tahun kepada gaya "moden mewah simple".

Rumah ini yang dipanggil 1889HAUS ini mempersembahkan rekaan warna kelabu dan bahan-bahan daripada kayu. Jadi, jom saya kongsikan gambar sebelum dan selepas keadaan rumah ini.

Ubahsuai Rumah Lama Berusia 30 Tahun :

Keadaan sebelum dan selepas

Pintu Masuk

deco rumahRuangan parking

deco rumahLuaran rumah ini diperbuat daripada bingkai kayu dan keluli buatan. Keluarga ini memilih warna kelabu gelap untuk memberikan penampilan yang sejuk mata memandang dan moden. Mereka juga menukar pintu "sliding" yang asal menjadi pintu kayu yang besar.

Ruang Tamu

dekorasi ruang tamu

dekorasi ruang tamu

dekorasi ruang tamu

dekorasi ruang tamuDinding dan jubin lama di ruang tamu dibuang dan diganti dengan jubin getah corak kayu dari Rococo. Ruang tambahan dari dinding yang dirobohkan digunakan sebagai ruang pantri / dapur.

Bilik Air

bilik air simpleTandas Tingkat 1

bilik air simpleTandas Tingkat 2

bilik air simpleTandas Tingkat 3

bilik air simpleTandas Tingkat 3

Bilik Tidur

Beberapa bilik tidur di rumah mempunyai almari pakaian yang tersembunyi di bahagian belakang. Pasangan ini menggunakan banyak warna terang seperti dinding dan kayu putih, sehingga menghasilkan suasana yang nyaman. Anda boleh mendapatkan set cadar yang selesa dari WovenTH.

Ruang Bekerja Di Rumah

Ruang tambahan di sudut bilik diubah menjadi pejabat rumah, dan tingkap di belakangnya diubah menjadi balkoni.

Balkoni Hadapan

Balkoni hadapan mempunyai kerangka kayu buatan dan keluli yang sama di bahagian depan , dengan ruangan kecil di antara papan kayu untuk membolehkan cahaya matahari masuk.

Halaman Belakang

Di halaman belakang, lantai terbuat dari kayu buatan dan mempunyai dinding  untuk menjaga privasi.

Rumah ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada kita untuk menghias rumah. Jika tidak mampu membuat yang mewah mewah, kita mungkin boleh mula merangka rumah mengikut bajet masing-masing dahulu.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down