Konsep rumah di negara barat cukup berbeza jika ingin dibandingkan dengan negara kita. Begitu juga dekorasi dan gaya, ia juga sangat berbeza. Ramai yang kata, keadaan rumah dan suasana di Scotland sangat cantik dan begitu mendamaikan.
Perkara tersebut telah di alami sendiri oleh lelaki ini yang bernama Esy Seatter. Setelah beliau menetap lama di sana, beliau telah membeli sebuah rumah lama yang di anggarkan dibina sekitar tahun 1940 dan kini telah sah mutlak menjadi miliknya.
Beliau telah melakukan renovasi dan ubahsuai secara berperingkat bagi memastikan isteri dan anak-anaknya dapat tinggal di dalam keadaan yang selesa dan ceria.
Untuk melihat ubahsuai yang dilakukan itu, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Alhamdulillah, selepas tertunggak kejap sebab cuaca dan bekalan lambat sampai.
Sekarang sambung balik kerja-kerja kitchen extension. Dapur tak besar, tetapi cukup la buat kami 4 beranak.
Beliau memulakan ubahsuai rumah pada bahagian dapur terlebih dahulu. Bahagian dapur itu beliau mahu besarkan supaya lebih selesa untuk digunakan.
Di negara barat, konsep bumbung jenis kayu memang cukup terkenal.
Pandangan keadaan rumah semasa proses extend dilakukan. Rumah lama ini lebih 80 tahun umurnya. Chimney itu memang dari yang asal lagi. Rumah ini dibina pada tahun 1940 lagi.
Untuk bahagian atap ini, material yang digunakan adalah Ethylene Polypropylene Diene Monomer (EPDM) tahan lama, lebih kurang 50 tahun tetapi manufacturer warranty biasanya dalam 25-30 tahun, outer coating itu fiber glass.
Pandangan dari sudut berbeza.
Pandangan dari sudut hadapan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini, artikel ini akan di update semula setelah pemilik rumah ini berkongsi keadaan rumah setelah siap. Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.