Rumah pusaka adalah rumah yang banyak meninggalkan seribu satu kenangan indah bersama ibu-bapa, adik beradik dan kenalan di kampung. Ia juga merupakan tempat kita membesar dari seorang kanak-kanak, kini menjadi orang dewasa yang berjaya di dalam hidup.
Apabila sudah meningkat dewasa, sudah pasti rumah tersebut akan ditinggalkan dan terbiar oleh kerana sudah tiada penghuni. Jadi, bagi memastikan ianya kelihatan kekal menarik, tidak salahnya cuba lakukan sedikit ubahsuai dan dekorasi.
Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Radiaton Daud. Disebabkan tidak mahu membiarkan rumah pusaka tersebut terus reput dimakan anai-anai, beliau bertekad untuk mengubahsuai supaya kelihatan lebih menarik dan baru.
Jadi, jom sama-sama kita lihat dengan lebih lanjut di bawah ini selepas ianya berjaya diubahsuai.
Baiki rumah pusaka sebab sayang nak robohkan. Rumah ini penuh dengan kenangan terindah.
Keadaan asal rumah pusaka ini.
Sedikit ubahsuai dilakukan dengan memasang tikar getah dan karpet sebagai hiasan.
Ini pula adalahg gambar terbaru rumah pusaka ini setelah diubahsuai. Walaupun lantai asalnya hanya papan, namun itu tidak menghalang untuknya bagi mencantikkan bahagian lantai tersebut dengan menggunakan lantai SPC jenis vinyl.
Untuk dekorasi pada bahagian dinding pula, beliau menggunakan wallpaper bercorak bunga bagi menjadikan dinding rumah tersebut kelihatan lebih menarik.
Pada bahagian jendela atau tingkap rumah, ia diserikan lagi dengan penggunaan langsir berenda. Walaupun beliau hanya melakukan ubahsuai dengan dekorasi simple, Namun, sudah mampu menjadikan rumah pusaka ini kelihatan cantik dan sedap mata memandang.
Rasanya setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencantikkan rumah lama supaya kekal terjaga walaupun penghuni jarang balik ke rumah tersebut. Semoga bermanfaat.