Ubahsuai Rumah Pusaka Guna Lantai Vinyl Dan Wallpaper

2,181 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Rumah pusaka adalah rumah yang banyak meninggalkan seribu satu kenangan indah bersama ibu-bapa adik beradik dan kenalan di kampung. Ia juga merupakan tempat kita membesar dari seorang kanak-kanak, kini menjadi seorang yang berjaya di dalam hidup. Apabila sudah meningkat dewasa, sudah pasti rumah tersebut akan ditinggalkan dan terbiar kerana tiada penghuni. Jadi, bagi memastikan ianya kelihatan kekal menarik, tidak salahnya lakukan sedikit ubahsuai dan dekorasi. Perkongsian pada kali ini adalah dari Radiaton Daud. Perkongsiannya pula adalah mengenai  ubahsuai rumah pusaka guna lantai vinyl dan wallpaper.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ubahsuai yang menarik ini.

Ubahsuai Rumah Pusaka Guna Lantai Vinyl Dan Wallpaper

 

Baiki rumah pusaka sebab sayang nak robohkan. Rumah ini penuh dengan kenangan terindah.

 

Ini adalah keadaan asal rumah pusaka tersebut.

ubahsuai rumah pusaka

Pada ketika ini, sedikit ubahsuai dilakukan dengan memasang tikar getah dan hiasan karpet.

ubahsuai rumah pusaka

Ini pula adalah keadaan rumah pusaka ini setelah diubahsuai. Walaupun lantai asalnya hanya papan, namun itu tidak menghalang untuknya melakukan ubahsuai lantai tersebut dengan menggunakan lantai spc jenis vinyl.

ubahsuai rumah pusaka

Untuk dekorasi pada bahagian dinding pula, ianya menggunakan wallpaper bercorak bunga bagi menjadikan dinding rumah tersebut kelihatan lebih menarik.

ubahsuai rumah pusaka

Pada bahagian jendela atau tingkap rumah pula, ia diserikan lagi dengan penggunaan langsir berenda. Walaupun ianya hanyalah ubahsuai dengan dekorasi simple secara diy. Tetapi, ia mampu menjadikan rumah pusaka ini kelihatan cantik dan sedap mata memandang.

ubahsuai rumah pusaka

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian dekorasi rumah pusaka yang agak menarik  ini dapat membantu anda dalam mencantikkan rumah lama anda. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Februari 12, 2022
Dikemaskini pada
Februari 12, 2022
Topik

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down