Memiliki rumah yang cantik adalah impian setiap pemilik rumah lagi-lagi apabila rumah yang dihuni itu sudah berdekad lamanya. Jadi tidak salah untuk kita cuba ubahsuainya kepada gaya dan konsep baru.
Jadi untuk perkongsian kali ini adalah dari Faten Shahana Shaharuddin. Beliau merupakan seorang pereka design dalaman rumah. Beliau tanpa berfikir panjang terus menghasilkan dekorasi rumah yang tidak begitu luas itu kepada konsep baru dengan gaya yang luas dan selesa.
Jom sama-sama saksikan perkongsian yang menarik ini.
Disini nak share sikit transformasi rumah yang sudah berusia 18-20 tahun. Rumah asal 20 x 70 double storey tapi built up kecik sebab design rumah lama.
Jadi, kita transform dari sempit kepada luas seluas mata memandang.
Melibatkan major reno, sebab piping dalam tanah punsudah pecah dan buat dinding rumah dan lantai lembap. Tangga pun ditukar sekali letak tempat lain.
Ini adalah keadaan rumah sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang tamu rumah selepas diubahsuai.
Keadaan ruang tamu rumah dari sudut pandangan lain selepas diubahsuai.
Keadaan ruang dapur ketika dalam proses pengubahsuaian sedang giat dilakukan.
Dapur selepas diubahsuai.
Gambar penuh ruang dapur selepas proses pengubahsuaian selesai dilakukan.
Ruang makan selepas proses pengubahsuaian selesai dilakukan.
Bilik air selepas ubahsuai selesai dilakukan.
Bilik tidur sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Bilik tidur selepas diubahsuai.
Keadaan bilik utama sebelum diubahsuai.
Bilik utama selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca diluar sana yang mahu mencari inspirasi untuk mengubahsuai rumah.
Semoga bermanfaat.