Cantik, unik dan sangat berseni. Sangat beruntung seorang anak apabila menerima hadiah yang cukup terindah dari arwah ayahandanya. Itulah yang dapat digambarkan setelah melihat keadaan rumah milik Puan W Rohayati Wan Embong ini.
Setelah rumah sewa arwah ayah ini diberikan secara percuma kepadanya, beliau memilih untuk mengubahsuai dan mencantikkan amanah yang ditinggalkan itu kepada konsep dan gaya yang cukup kreatif dan menarik.
Untuk melihat hasil ubahsuai yang dilakukan, boleh terus ikuti dibawah ini.
Asalnya rumah sewa arwah ayah, setelah dapat free, kita ubahsuai mengikut citarasa sendiri. Alhamdulilah.
Terima kasih ayah dan mak. Semoga sentiasa diberkati olehNya. Aamin.
Keadaan bahagian hadapan rumahnya. Konsep yang digunakan biasa-biasa sahaja dengan menggunakan atap asbestos pada rumah jenis lama ini.
Ini bukan telaga, asalnya itu ruang masuk parking kereta sebab rumah tepi jalan beliau tutup ruang tersebut.
Beliau buat tembok orang tidak nampak dalam rumah dan lebih privasi. Jadi, beliau buat kolam bela ikan koi yang ada pancutan air terjun dari tempayan. Ia lebih tenang dan mendamaikan.
Ini dia mini landskap dalam kawasan rumah.
Bahagian tepi pagar juga sangat kelihatan fresh.
Hampir sekeliling kawasan rumah dihiasi dengan pokok dan tanaman hiasan.
Inilah keadaan rumahnya. Sangat cantik walaupun tidak begitu besar dan tak begitu kecil tapi comel.
Usia rumah ini sudah hampir 50 ke atas. Cukuplah didekorasikan dengan apa yang ada, kalau besar, belum tentu lagi boleh hasilkan dekorasi seperti ini. Semuanya beliau lakukan sendiri sahaja.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca diluar sana.
Semoga bermanfaat.