Ubahsuai Rumah Subsale Kepada English Style

12,611 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sekarang ni ramai ejen hartanah yang mengiklankan rumah subsale atau rumah second hand dalam pelbagai platform media sosial. Dengan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke hari, sangat sukar untuk orang awam membina rumah idaman dalam masa yang singkat.

Jadi ramai yang ambil jalan mudah dengan membeli rumah subsale dan diubahsuai mengikut citarasa mereka sendiri. Lebih jimat, mudah dan cepat.

Ingin mencari inspirasi untuk rumah korang nanti? Jom ikuti perkongsian pengubahsuaian rumah subsale milik sis Farah. Hasil ubahsuai ini telah menjadikan rumah yang biasa-biasa kepada rumah yang luar biasa cantiknya.

Tak Sangka Ubahsuai Rumah Subsale Kosong Boleh Bertukar Menjadi Rumah Mewah

Transformation! Subsale property👍🏻 Hasil decor sendiri tanpa ID

@farahh_z

Transformation! Subsale property👍🏻 Hasil decor sendiri tanpa ID #Malaysia #rumahFZNS #foryourpage #housetour

♬ Absolutely Anything (feat. Or3o) - CG5

Keadaan Rumah Sebelum, Semasa Dan Selepas Diubahsuai

Sebelum Proses Pengubahsuaian

Pertama kali masuk rumah ni, tak ada la rasa macam teruk sangat tapi memang perlukan pengubahsuaian. Yela, siapa je yang selesa bila keadaan rumah macam ni kan.

Rumah subsale

Semasa Proses Pengubahsuaian Dilakukan.

Bahagian ruang tamu yang sedang diubahsuai menggunakan plywood.

Ini merupakan bahagian dapur yang sedang diubahsuai dan sedang dalam proses membuat kabinet dapur.

Rumah subsale

Selepas Diubahsuai.

Alhamdulillah, akhirnya hasil penat lelah terbayar dengan rumah yang lebih kemas, ceria dan selesa buat keluarga tersayang.

Rumah subsale

Hasil kabinet dapur yang dilakukan sendiri tanpa upah interior designer. Jimat duit, hasil pun lebih kemas dan semestinya puas hati dengan hasil tangan sendiri.

Rumah subsale

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai pengubahsuaian rumah second hand kepada rumah berkonsepkan english style. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi terbaik kepada anda semua untuk deko rumah nanti! Selamat mendeko!

Sumber : @farah_z (tik tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down