Ubahsuai Rumah Subsale Lama Berkonsepkan Exclusive

4,078 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Suami yang baik sudah pasti mahu sentiasa bahagiakan isteri dan anak-anaknya. Sangat beruntung sekiranya seorang isteri memiliki suami yang serba-serbi pandai melakukan apa saja termasuk bertukang.

Disebabkan cukup meminati kerja-kerja pertukangan ini, lelaki ini yang bernama Mohd Fazli Chek Pee, telah melakukan ubahsuai sendiri rumah yang baru dibelinya itu setelah mendapat kunci.

Jika ingin mengikuti dengan lebih lanjut kisah ini, jom teruskan bacaan dibawah ini

Ubahsuai Rumah Subsale Lama Berkonsepkan Exclusive

Ini kisah rumah sub-sale dan rumah pertama kami, saya bukan tukang tapi saya suka bertukang.

Izinkan saya kongsi kisah tukang sepanjang menyiapkan “RumahKu Syurgaku” ini.

Setiap gambar di bawah ini ada ceritanya tersendiri, setiap cerita dari kenangan dan kenangan itu saya abadikan melalui post ini.

Ini adalah gambar pertama dalam iklan Mudah.my. Beliau sangat-sangat teruja sebab rumah ini berada di ground floor apartment dan rumah jenis tepi. Nampak ada ruang yang agak luas.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Ini pula kawasan balkoni untuk level 1 - level 5. Kelebihan rumah bawah ini boleh buat pintu masuk utama dekat sini. Memang boleh dikatakan idaman sekiranya memiliki ruang seperti ini, anak-anak nak bermain pun lebih selesa.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Dekorasi dalamannya memang nampak agak wow dan mewah. Tetapi, agak sempit sebab perabot asal tuan rumah terlalu banyak. Untuk pengetahuan semua, rumah ini beliau beli dapat package sekali dengan semua perabot, mesin basuh dan peti ais. Senang kata dapat seperti dalam gambar iklan. Semua perabot ini beliau sedekahkan dekat jiran tetangga. Lebihnya beliau buang.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Beliau berkata, ruang dapur ini jelas lebih luas dari rumah sewanya sebelum ini. Dalam kepala beliau sudah terbayang macam-macam nak buat untuk nampak lebih moden.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Beliau mula tanda tangan S&P bulan Dec 2019. Hadiah ini buat isteri, ketika ini anak ketiga beliau baru 6 bulan.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Setelah hampir sepuluh bulan menunggu, alhamdullilah, akhirnya beliau dapat kunci rumah. Proses agak lambat sebab Covid-19 baru muncul ketika itu.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Perkara pertama yang beliau buat adalah renovate ruang dapur. Beliau buat table top jenis konkrit. Hal ini kerana ianya lebih tahan dari yang lain.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Selepas itu, beliau mula pecahkan dinding pemisah antara dapur basah dan dapur kering untuk menjadikan ruang dapur nampak lebih luas.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Setelah siap pecahkan semua tiles dinding, beliau buat wiring baru untuk dapur. 3 litar baru dengan keseluruhan 6 point SSO 13A. Sebabnya adalah untuk tambahan kerana barangan dapur menggunakan kuasa elektrik yang tinggi.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Kini, episod sakit pinggang bermula. Beliau bancuh simen seorang diri. Ia hanya dilakukan pada waktu cuti hari ahad. Kalau nak upah orang rasa macam kurang cukup duit pada masa itu.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Isteri yang tengok pun tak sampai hati apabila suami buat kerja seorang diri. Diajaknya anak-anak sekali datang tolong. Walaupun banyak main dari buat kerja, tetapi mereka sekeluarga gembira. Orang kata, buat sendiri memang lambat siap. Inilah contohnya.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Beliau buat topup slab 50mm untuk ruang bawah table top dengan menggunakan simen render sahaja sebab tak sanggup nak bancuh simen concrete.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Sebelum pemasangan tiles yang baru, dinding perlu dilevel dan permukaan perlu rata supaya proses pemasangan tiles nanti lebih mudah. Plaster ini beliau menggunakan simen gam sika 88.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Pemasangan tiles ini beliau bagi pekerja buat. Skill workers demi menjamin kualiti pemasangan. Beliau nak buat seorang diri tak mampu dengan hampir keluasan 1000 sqft keseluruhan tiles 1 rumah.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Pemilik lama pasang tiles dekat dinding ini. Tetapi, tiles sudah mula crack. Jadi, beliau buang semua tiles dekat dinding ini dan tinggalkan tiles yang cantik dekat sebelah kanan itu sebab masih elok. Tiles lantai untuk keseluruhan rumah pun beliau hack buang.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Sementara beliau buat kerja, isteri sentiasa menemani. Ini port khas untuk anak-anak lepak. Kejap baring, kejap berdiri, kejap mengadap dinding. Last sekali anak ajak balik.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama Berkonsepkan Exclusive

Dinding ini beliau buat skimcoat sahaja dengan menggunakan simen sika 191 base dan sika 193.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Ini pula setup untuk kerja-kerja pemasangan plaster siling. Beliau sewa scaffolding ini RM300 untuk sebulan bagi memudahkan kerja. Susah kalau pakai tangga.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Siap kerangka plaster ceiling ruang tamu. Beliau buat wiring tambahan baru untuk lampu, kipas, aircond, water heater dan power point dapur. Beliau juga buat relocation DB ke tempat yang lebih sesuai. Sebab utama buat plaster siling adalah untuk sembunyikan wiring baru. Tak perlu hack slab. Tak perlu expose conduit.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Sebelum pasang siling, buat adjustment pipe sikit untuk reduce saiz box-up.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Ini pula step sebelum pasang tiles lantai. Beliau banjirkan lantai dengan air dan taburkan dengan serbuk simen. Sapu sehingga rata. Seterusnya beliau buat rendering menggunakan pasir kasar campur simen separuh basah. Jangan lupa buat level sekali, kalau tak, nanti sangkut pintu.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Proses pemasangan tiles rumah mengambil masa selama 3 hari. Beliau kerahkan 6 orang termasuk perempuan (bini pekerja) untuk bantu. Lagi ramai lagi cepat siap.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Lokasi DB dipindahkan. Ini merupakan DB box baru. Apabila sudah tambah wiring baru, kena upgrade DB box.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Proses pemasangan kipas, lampu ini memang dibuat bersama dengan anak-anak. Nak ajar mereka cara DIY sendiri. Senang nanti apabila sudah besar, dah ada pengalaman melihat.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Proses pemasangan water heater ini perlu berhati-hati. Silap tebuk lubang kena pipe air memang menangis la nak baiki balik. Jadi, beliau serahkan pada yang pakar.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Tingkap pula beliau buka untuk cuci bersih semua daki-daki yang bertahun melekat dekat cermin. Selepas itu masuk tinted supaya lebih privacy.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Pertama kali beliau pasang aircond sendiri hasil belajar dari youtube. Pinjam tools dari kawan-kawan. Jimat duit pemasangan 1 unit RM150-RM300. Upah pasang 2 unit sudah boleh beli 1 aircond baru.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Untuk yang ini memang beliau berani ambil risiko. Buatnya terjatuh memang masuk hospital lah. Nasib baik ada isteri beliau yang tolong ambil gambar. Gaya itu penting katanya.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Rumah subsale sudah pasti ada masalah dinding lembab. Jangan risau, Kikis sahaja semua tempat yang rosak itu. Kalau nak rumah cantik, jangan malas kikis ye.

Beliau upah 2 orang skill workers untuk membantu. Beliau buat skimcoat 1 rumah pakai skill workers cepat sikit siap.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Untuk lapisan pertama cat, beliau sapu Jotun primer. Kalau ada lebih buat 2 lapisan. Kemudian, beliau apply cat colour jenama Jotun juga. Code 1779/S0560-Y10R (Sienna Orange) sebanyak 2-3 lapisan.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama
Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Apabila permukaan dinding sudah siap dan kering, beliau terus apply cat. Warna kuning pilihan hati.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Set dapur pun beliau belikan yang baru. Ini adalah supaya isteri semangat sikit nak memasak nanti. Brand yang dibeli adalah Livinox set.

Beliau pasangkan dahulu sebab nanti senang orang kitchen cabinet nak datang ukur. Wiring point memang sudah plan dari awal. Jadi, nanti akan nampak lebih kemas.

Inilah Kitchen cabinet jenis full aluminium yang akan dipasang nanti. Pintu design classic dengan powder coating warna putih menjadi pilihan. Kos keseluruhan tak sampai RM9k. Paling best price dari 10 quotation yang beliau dapat untuk kitchen cabinet jenis aluminium. Mahal sikit tapi sangat-sangat berbaloi.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Beginilah rupa ruang laundry rumahnya. Ada lebihan tiles buat dapur, beliau pasang dekat sini. Kalau sikit-sikit macam ini, beliau boleh la pasang sendiri tak perlu panggil skill workers.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Beliau beli kabinet jenis 2 pintu supaya mudah untuk simpan segala macam sabun untuk baju dan bilik air. Mesin masuh itu pernah masuk Siakap Keli. Wife minta yang baru, tetapi, beliau baiki pakai balik yang lama sahaja.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Pemasangan rumput tiruan dekat ruang balkoni dilakukan. Sesuai untuk dijadikan tempat anak-anak bermain.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Alang-alang sudah buka pintu sliding door untuk pasang tinted, beliau terus tukar roda pintu. Sebelum ini, pintu ketat sebab roda sliding sudah rosak. Kos penukaran roda hanya bermodalkan RM4.50 sebiji. Jadi, beliau tukar 2 biji dan selesai. Pintu pun kembali lancar.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Kalau nak lagi cantik kena tukar switches 1 set model yang sama. Sekarang banyak jual yang cantik-cantik dan murah.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Beliau pakai model reTouch dengan warna putih. Kos keseluruhan adalah sekitar RM350. Lain rumah lain bilangannya.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Proses pemasangan wainscoting. Wainscoting jenis potong tampal siap. Tak perlu cat.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Gap setiap box adalah 100mm. Saiz box pula ikut ruang. Kena plan dahulu sebelum potong dan pasang. Salah potong rugi sebab wainscoating jenis ini agak mahal.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Ikut trend pasang diamond mirror. Cermin ini buat ruang kecil nampak lebih besar. Cermin ini beli dekat Valoobuy.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama Berkonsepkan Exclusive

Soalan: Macam mana nak sembunyikan wayar antara TV dan cabinet?

Jawapan: Hack sahaja dinding itu. Banyak kerja sikit, tetapi hasilnya mesti puas hati.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Proses pemasangan CCTV jenis ada DVR. boleh save video untuk sebulan.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Modified LED strip light untuk kitchen kabinet. Beli jenis tukar-tukar colour ikut bunyi.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Kitchen cabinet jenis full aluminium selesai dipasang. Pintu design classic dengan powder coating warna putih menjadi pilihan. Kos keseluruhan seperti diberitahu tadi, tak sampai RM9k. Siap lampu warna-warni ikut bunyi.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

LED strip light boleh tukar-tukar colour.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Ruang laundry dan pintu bilik air.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Ruang tamu untuk rumah berkeluasan 820 sqft.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Ruang bersantai.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Hexagon box beli dekat Valoobuy. Susah juga nak pasang sebab lupa letak double side tape dekat belakang. Jenuh tongkat tunggu ianya kering.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Plaster siling jenis L-Box pilihan hati beliau. Ruang tamu nampak lebih exclusive. Walaupun orang kata senang bersawang, tetapi sebenarnya memudahkan urusan sekiranya nak buat tambahan wiring baru.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Hasil imaginasi yang diterjemahkan.

Ubahsuai Rumah Subsale Lama

Sangat menarik proses ubahsuai yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada mereka yang berniat untuk membeli rumah subsale seperti ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down