Ubahsuai Rumah Teres Bertemakan Warna Pink

216 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Trend dekorasi rumah berkonsepkan warna pink pada masa kini kian diminati oleh pemilik rumah terutamanya dari golongan wanita dan para isteri.

Kalau nak bagi isteri gembira senang je, kita cuba ikut apa yang mereka mahukan asalkan perkara tersebut logik dan mampu untuk kita hasilkan.

Jadi, disebabkan permintaan dari isteri tersayang mahu dekorasi bertemakan pink, maka terhasillah satu dekorasi rumah seperti ini.

Perkongsian kali ini dilakukan oleh suami kepada wanita yang bernama Yatt Manaf. Beliau telah melakukan ubahsuai rumah teres miliknya kepada satu konsep baru yang cukup cantik dan menarik.

Jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Ubahsuai Rumah Teres Berkonsepkan Pink

Hai semua kawan-kawan.

Rumah teres sahaja. saya suka warna pink. Jadi, ini hasil mendeko bersama suami.

Alhamdulillah, baru siap separuh. Ada lagi sikit. Saya budak baru belajar, kalau ada salah dan silap tolong tunjukkan.

Keadaan ruang tamu rumah sebelum diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Teres Berkonsepkan Pink

Keadaan bahagian dinding setelah dipasang wallpaper. Hasilnya cukup cantik, kelihatan seperti kesan cat dan bukannya wallpaper.

Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink

Proses-proses mengecat dinding dengan warna pastel dilakukan.

Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink

Keadaan ruang tamu setelah berjaya diubahsuai berkonsepkan Mickey dan Minnie. Lampu yang digunakan adalah dibeli dari Shopee.

Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink

Bahagian pintu bilik tidur semasa proses ubahsuai dilakukan.

Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink

Pintu bilik tidur sebelum dipasang wainscoting.

Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink

Pintu bilik setelah selesai dideco dengan pemasangan wainscoting.

Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink

Dekorasi bilik tidur berkonsepkan Mickey dan Minnie.

Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink

Dapur rumah sebelum dipasang table top.

Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink

Bahagian dapur setelah selesai dibina semula.

Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink

Barangan yang digunakan semuanya berwarna pink.

Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink
Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink
Ubahsuai Rumah Teres Kepada Gaya Pink

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi untuk ubahsuai rumah kediaman mengikut citarasa tersendiri. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down