Rumah lama tidak semestinya akan kekal kelihatan lusuh selamanya. Ada sesetengah pemilik rumah mengambil masa yang agak lama bagi mencantikkan rumah mereka.
Hal ini kerana, faktor kewangan yang kurang stabil menyebabkan ianya memerlukan masa untuk mencantikkan kediaman tersebut. Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Fida De Ross. Beliau telah melakukan ubahsuai rumah teres lama miliknya itu berkonsepkan gaya accent wall.
Jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.
Syukur pada Allah atas kurnian rezeki buat kami sekeluarga.
Ini adalah dekorasi rumah pada tahun 2014 yang lalu. Kediaman pertamanya adalah pada tahun 2006, 15 tahun sudah berlalu. Rumah teres 2 tingkat (rumah tengah) dengan keluasan 1400 kaki persegi. Di sinilah mereka sekeluarga berteduh dari anak 2 orang sampai la sudah jadi 4 orang anak mereka.
Ruang penjuru dinding setelah diubahsuai dengan gaya cermin wainscoting yang cukup menarik. Cat yang digunakan adalah Jotun Sheer Grey.
Peredaran zaman silih berganti, begitu juga dengan cara hiasan rumah, ia juga berganti mengikut peredaran masa dan tahun. Mereka juga tidak terkecuali mengikuti konsep hiasan dan dekorasi rumah dengan gaya terkini.
Bahagian ruang tamu pada tahun 2014.
Dekorasi ruang tamu pada tahun 2018.
Dekorasi terkini yang dihasilkan.
Ruang menonton tv pada tahun 2014.
Ruang menonton tv pada tahun 2018.
Deco ruang menonton tv terkini yang dihasilkan.
Bahagian bawah tangga pada tahun 2014.
Dekorasi ruang santai pada tahun 2018.
Deco ruang makan pada tahun 2014.
Deco pada tahun 2018.
Hasil terkini deco ruang makan. Proses ubahsuai ini memakan masa 5 hari juga untuk disiapkan accent wall. Mereka hanya belajar di YouTube sahaja.
Bahagian ruang meja makan itu dijadikan ruangan pejabat. Sambil balas email, sambil buat report, beliau sempat lagi memasak juga. Katanya.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.