Tinggal di rumah subsale bukanlah menjadi penghalang untuk pemiliknya dalam cuba untuk mengubahsuai rumah tersebut. Hal ini kerana, walau jenis apapun rumah yang kita diami, ianya juga berhak untuk diubahsuai dan dideco untuk keselesaan kita dan keluarga.
perkara tersebut telah dilakukan oleh suri rumah ini yang bernama Anne Alim Alia. Beliau telah berjaya mengubahsuai rumah teres subsale kos rendah miliknya dengan cara DIY.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Rumah teres kos rendah beli subsales. Deko orang beranak kecil katanya, senang mereka nak kemas semula. Jadi ibu tak menyinga setiap hari bila rumah bersepah.
Ibunya baru belajar nak deko. Semua buat sendiri slow-slow sebab ibunya kerja. Setakat ini 90% sudah buat. Harap ada rezeki baiki sepenuhnya.
Keadaan asal rumah teres selepas dibeli.
Dapur memang agak teruk dan lusuh. Sudah 20 tahun, jadi siling dan atap sudah perlu diperbaiki.
Proses mengecat bilik anak teruna. Tema yang digunakan adalah Spiderman.
Konsep dan deco bilik anak dara lebih simple.
Proses ubahsuai ruang bilik utama.
Proses modified kabinet dapur pemilik lama tinggalkan, buat jadi high counter sebagai pembahagi ruang dapur dan ruang tamu.
Pandangan dari pintu masuk setelah sudah siap.
Keadaan ruang tamu simple sahaja, anak-anak pun nak kerusi sendiri. Maka, letaklah kerusi kecik kesayangan mereka dekat situ.
Keadaan ruang bawah tangga jadi ruang tengok tv mereka. Semua mainan letak di situ, lepas mereka main kemas sendiri.
Bolehlah mereka golek-golek, memang saja tak letak apa-apa perabot ruang ni senang untuk kemas.
Keadaan ruang makan utama.
Kaunter dengan high chair, ruang anak-anak lepak makan bila ibu memasak.
Ruang dapur, ruang dobi, simple seadanya, minimakan penggunaan barang.
Hasil modified kabinet dapur pemilik lama jadi ruang kegemaran anak-anak, one stop place untuk jajan mereka.
Bahagian bawah jadikan pantri letak stok barang kering.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.