Projek DIY Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu

2,709 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sejak kebelakangan ini, sudah ramai pemilik rumah mula berjinak-jinak dalam aktiviti deco dan pertukangan. Hal ini kerana, apabila melakukan sendiri dengan cara DIY, setidaknya dapat berjimat cermat dalam mengeluarkan bajet untuk ubahsuai rumah.

Itulah yang dilakukan oleh Siti Mariam Bahar dan pasangannya. Mereka telah menghasilkan projek DIY wainscoting cermin pada ruang tamu yang cukup kreatif.

Jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut projek DIY yang dilakukan ini.

Projek DIY Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu Dari Pasangan Suami Isteri

Assalamualaikum semua.

Hanya nak kongsi kami suami isteri diy sendiri wainscoting dan mirror dekat dinding ruang tamu, bawah tangga dan depan pintu utama. Sehari sahaja sudah siap. Walaupun penat tapi amat puas hati dan rasa berbaloi sebab outcome dia cantik.

Semoga jadi inspirasi semua. Terima Kasih.

Bahagian dinding ruang tamu ini sebelum proses ubahsuai dilakukan.

Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu

Mula-mula, perlu buat lakaran terlebih dahulu mengikut konsep dan gaya yang ingin dihasilkan itu, boleh buat mengikut kreativiti tersendiri.

Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu

Selepas itu, pasang chair rail dahulu.

Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu

Proses-proses pemasangan chair rail dilakukan.

Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu

Proses pemotongan wainscoting PVC dilakukan.

Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu

Seterusnya pula adalah proses pemasangan cermin pada dinding yang telah selesai dipasang wainscoting. Apabila cermin sudah ditampal, pita pelekat diperlukan supaya wainscoting tersebut tidak bergerak dan jatuh.

Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu

Keadaan ruang tamu selepas proses ubahsuai selesai dilakukan.

Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu

Bahagian ruang bawah tangga selepas wainscoting selesai dipasang.

Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu
Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu

Bahagian ayat kufi dibuat frame untuk naikkan seri.

Wainscoting Cermin Pada Ruang Tamu

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga penghasilan projek DIY menarik ini bermanfaat untuk semua pembaca di luar sana. Selamat mendeko.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down