Sejak kebelakangan ini, penghasilan dekorasi pada bahagian dinding sering dilakukan oleh pemilik rumah mengikut citarasa dan gaya tersendiri.
Rasanya sudah ramai yang tahu, corak wainscoting pada dinding bukan sahaja boleh dilakukan dengan kayu wainscoting sahaja. Namun, ada juga cara lain yang boleh dilakukan. Contohnnya dengan menggunakan PVC foam dan tape.
Perkara tersebut telah dikongsi oleh wanita ini yang bernama  Izamie Izmi. Beliau telah menunjukkan cara untuk lakukan wainscoting ruang tamu dengan menggunakan tape sahaja.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Projek wainscoting simple.
Sudah lama mengidam apabila tengok rumah yang pasang wainscoting lawa-lawa semuanya.
Namun, encik suami kata semak la, kos mahal la dan akhirnya selepas lama berfikir panjang, terjumpa tape gold di ECO RM2.10. Kita cuba yang termampu. Hasilnya mak suka dan encik suami juga tolong buat sekali.
Bahan utama yang digunakan adalah:
Proses-proses pemasangan tape tersebut sedang giat dilakukan.
Ada yang bertanya mengenai cermin yang cantik ini. Cermin ini dibeli di GM Klang. Ketika beli dulu harga RM170 sahaja untuk satu keping.
Memang sangat berpuas hati dapat pasang cermin sebesar ini pada kawasan ruang tamu, bahagian dalaman rumah pun akan nampak luas. Rumah ini kelihatan besar dan luas kerana suaminya buat siling tinggi 10/11 kaki.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai cara lakukan wainscoting ruang tamu pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.