Mesti rimas kan kalau baju-baju kotor asyik berselerak aja. Lagi-lagi kala baju tu sudah pun bercampur dengan baju adik beradik atau ahli keluarga yang lain. Nak guna rak bakul banyak-banyak kan nanti tiada ruang pulak akan jadi masalah besar. Apa kata buat DIY bakul laundry?
Haa, jangan risau , Giler Deco hari ini ingin berkongsikan perkongsian daripada wanita ini yang ternyata amat menarik sekali apabila beliau DIY sendiri bakul laundry bertingkat dengan kos yang murah.
Berapa kos murah tu? Hanya RM30 sahaja diperlukan untuk membuat DIY bakul laundry ini. Tak sangka kan? Tidak perlu beli yang mahal-mahal daripada kedai yang terbesar. DIY sahaja senang dan mudah. Apa lagi, jom kita ikuti perkongsian beliau.
Sebelum ini,ada yang pos gambar A tanya nak beli kat mana. Tiba-tiba dapat ilham maka terjadilah seperti gambar 'B'
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
Cara-cara untuk membuat Rak Bakul DIY
1. Buat kaki ( cara buat kaki boleh tengok yang orang post sebelum ni cara buat rak bakul dengan PVC tu )
2. Sangkut penyangkut S pada bakul dan kaki PVC. ( Seperti di gambar )
Perkongsian daripada Abby Saipol ini dikongsikan didalam grup "Kelab Kaki Deco Barang Eco" di facebook. Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian netizen Malaysia. Perkongsian ini juga telah mendapat likes sebanyak 2.4k dan sekurang-kurangnya hampir 600 komen.
Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi terhadap rakan-rakan dan juga ahli grup ini semua. Barang-barang semua ni semestinya dari kedai ECO
SELAMAT MENCUBA SEMUA!
Kredit : Abby SaipolÂ