10 Barangan Keperluan Dapur Yang Wajib Ada Di Rumah Anda

526 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bagi kaum wanita terutamanya kepada emak sudah pasti menginginkan barangan di dapur mereka sudah cukup lengkap dengan pelbagai barang agar ianya dapat memudahkan gerak kerja mereka sepanjang di dapur. Malah mood mereka di dapur pula akan lebih ceria berbanding sebelum ni.

Seperti yang diketahui di mana telah berlangsungnya jualan murah di beberapa platform beli belah dalam talian yang menjadi popular kerana harga yang ditawarkan tersangatlah murah. Jadi di sini, min nak kongsikan kepada anda beberapa barangan keperluan dapur yang sebawah RM30 sahaja.

Menurut perkongsian daripada pengguna media sosial Twitter, zira adam telah berkongsi 10 barangan keperluan dapur yang perlu dibeli. Jom kita ikuti perkongsian daripadanya.

10 Barangan Keperluan Dapur Yang Wajib Dibeli.

 

1. Oil Filter@Penapis Minyak - RM29.90(Masa Offer)

Sangat berguna dan berfungsi dengan baik terutamanya apabila anda ingin menggunakan lebihan minyak yang hanya sekali digunakan. Bekas penapis ini boleh tapis serdak minyak sehingga bersih.

2. Foldable Dish Rack

Dish Rack ini amatlah sesuai bagi mereka yang tinggal berdua. Selepas basuh, anda kena biarkannya kering dan selepas itu susun balik ke dalam kabinet tersebut. Yang menariknya tentang Rak Pinggan ini adalah ianya boleh lipat lantas menjimatkan banyak ruang di sinki.

3. Foldable cutting board

Papan pemotong ini dikhaskan untuk memotong buah dan sayur saja. Lepas potong tu, anda boleh jadikan papan ini sebagai besen siap ada lubang lagi untuk membuang air basuhan.

10 Barangan Keperluan Dapur

4. Silicone Lid Cover

Bagi barang ini pula, anda boleh tutup lauk-pauk di atas meja tanpa menggunakan tudung saji pun. Tambahan pula, bekas ni adalah bekas kedap udara.

5. Slicer

Peralatan dapur ini sesuai untuk memasak kentang secara halus. Anda juga boleh menggunakannya untuk sayur-sayuran yang lain. Walaupun anda sagat sekuat mungkin, namun ianya tidak akan terkena tangan anda. Ini kerana peralatan dapur ini telah menyediakan tempat untuk dicucuk.

10 Barangan Keperluan Dapur

6. Whisk mixer egg

Alat ini digunakan untuk kacau telur sehingga sebati dan ianya sangat berguna tanpa menggunakan garfu ataupun sudu.

10 Barangan Keperluan Dapur

7. Meat/vege grinder

Bagi anda yang tidak mempunyai lesung batu di rumah, pengisar ini sangatlah berguna dan kegunaannya sama seperti lesung batu.

8. Kitchen Rack

Rak dapur ini dibeli yang mempunyai 4 tier. Rak dapur mudah alih ini mempunyai roda lantas boleh letakkannya di mana-mana saja.

10 Barangan Keperluan Dapur

9. Kitchen organizer under sink

Barangan dapur ini di simpan di bawah sinki. Selain itu, ianya juga boleh dikembangkan.

10 Barangan Keperluan Dapur

10. Soap Dispenser

Alat ini berfungsi sebagai mampu menjimatkan pencuci pinggan mangkuk sehingga dua bulan kegunaannya.

 

Sekian saja perkongsian daripada min. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

Selamat Membeli ^-^.

Kredit : zira_adam

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2023 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down