Perkara Menyesal Yang Dibuat Semasa Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri

123 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kali ini Giler Deco mahu mengupas mengenai beberapa masalah dan penyesalan yang kerap terjadi dalam masyarakat kita selepas selesai membina rumah di atas tanah sendiri yang boleh menyebabkan kerugian dan penyesalan seumur hidup.

Kita rungkaikan satu per satu bermula dari kawasan tapak rumah terlebih dahulu.

Sebelum membina rumah, sebaiknya bersihkan dahulu kawasan batu sempadan tanah. Sekiranya tidak tahu dekat mana penanda sempadan atau tidak yakin, boleh upah juruukur tanah. Namun, ia perlu mengeluarkan sedikit duit untuk tanda balik bahagian sempadan tanah itu.

Perkara seperti ini kerap terjadi di kalangan masyarakat kita yang baru membina rumah. Dengan berbuat demikikan, ia dapat mengelakkan dari tersalah atau terlebih bina rumah di kawasan bukan tanah kita. Nak buat apa kalau rumah cantik-cantik tapi terkeluar daripada sempadan tanah sendiri kan?

Kebanyakan pemilik rumah tidak mahu keluarkan belanja untuk bahagian juruukur ini walaupun ianya tidaklah mahal. Akhirnya, modal yang sudah dikeluar banyak mencecah puluhan ribu untuk membina rumah itu terpaksa dirombak semula kerana melebihi tanah milik orang lain.

Paling banyak sekali terjadi adalah masalah pada kawasan pagar yang melebihi tanah sendiri. Bagi peminjam dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), pastikan lantik dahulu juruukur untuk buat ukuran pengesahan lot sebab itu sudah menjadi kewajipan pada masa kini.

Perkongsian seterusnya, jom ikuti perkongsian dari netizen mengenai perkara menyesal dan tidak menyesal yang di buat di bawah ini.

Kalau tidak mahu menyesal, pastikan lakukan ini:

1. Periksa arah kiblat.

- Sesuaikan dengan susun atur perabot dan keadaan pintu bilik. Hal ini kerana, kadangkala ketika solat, kiblat berada di depan pintu, orang pula akan keluar masuk.

2. Periksa arah matahari turun dan naik.

- Ia bertujuan untuk elak dari bahang.

3. Bilik tidur.

- Jangan menghadap arah matahari terbenam.

4. Garaj.

- Jika mahu membuat garaj, jangan ikut saiz besar kereta. Pastikan kira sekali bukaan pintu kereta.

5. Pintu Bilik Tidur.

- Kalau boleh, pintu bilik tidur jangan mengadap ke laluan utama. Sorokkan dari pandangan umum.

6. Tingkap.

- Ambil tingkap moden biasa atau slide. Matikan tingkap atas (top hang).

4. Cornice.

-Tidak perlu pasang cornish walau ianya cantik kerana jika tidak diselenggara dengan kerap akan menjadi sarang cicak dan bakal dipenuhi dengan tahi cicak.

5. Kaki lima buat lebar 3 kaki.

6. Perlu buat salur hujan (tangki simpanan air hujan untuk tanaman).

7. Sebagai suri rumah yang selalu berada di dapur, penting untuk kita memantau kehadiran orang luar. Caranya adalah, buat dapur menghadap ke bahagian halaman rumah.

8. Wainscoting.

- Kalau boleh, tidak perlu buat wainscoting. Melainkan seorang yang rajin sangat-sangat nak cuci habuk dan taik cicak. Wainscoting merupakan design yang bakal beralih zaman. Seperti wallpaper, ia sudah beralih zamannya.

9. Pintu Hadapan Rumah.

- Pintu hadapan rumah jangan menghala ke jalan. Jaga privasi keluarga anda.

10. Ketinggian rumah.

- Rumah jangan terlalu rendah sangat. Biar kecil tapi tinggi. Ia bakal menimbulkan Suasana sejuk.

11. Table Top.

- Pastikan ada lubang untuk saluran coway supaya tak semak table top itu dengan wayar-wayar air.

12. Sinki.

- Bawah sinki ada punca paip air khas untuk coway. Jadi, paip sinki tidak akan terganggu dengan paip coway. Table top akan lebih terususn rapi sebab semua sistem berada di dalam table top.

- Pastikan tukang yang buat table top itu orang yang memiliki IQ tinggi. Bibir sinki itu di bawah table top. Bukan di atas table top, supaya semasa membasuh pinggan nant airnya mudah ditolak ke dalam sinki. Pilih sinki 2 mangkuk dari 1 mangkuk.

- Bibir table top pada bahagian belah atas mesti lebih dari lantai kabinet. Supaya bila ada air tumpah, air itu tidak akan kena pintu kabinet. Air itu akan terus jatuh ke lantai.

- Ketinggian table top ikut siapa yang paling lama akan duduk dekat ceruk dapur. Tempat dapur memasak itu perlu rendah 5 inci dari pinggang supaya mudah nak kacau kuali.

13. Sistem Perparitan.

- Pastikan sistem kumbahan dan perparitan jadi keutamaan. Pastikan buat kabinet semua bertutup. Rumah akan jadi lebih kemas.

- Suis perlu banyak dan merata-rata tapi disusun rapat. Bukannya bersepah-sepah terutamanya dekat table top. Kena banyak punca elektrik. Supaya tak main sambung-sambung soket. Bahaya!

14. Lantai.

- Jangan ada lantai berlainan aras. Buat sama sahaja lantai itu dari muka pintu hingga bilik ke dapur. Ingatlah di hari tua kelak dan kurangkan adanya perangkap yang boleh tersadung.

15. Cat.

- Jangan cat rumah dengan bermacam-macam warna. Ia bakal menampakkan lagi sempit. Sebaiknya guna 1 warna tona berlainan sedikit sahaja.

Perkongsian dari Dani Din: 


Kalau suka masak menu malaysia, sebaiknya buat dapur masak tertutup dan bukan dapur jenis open concept.

Ianya untuk mengelakkan dari satu rumah melekat bau tumis, bau belacan dan bau sambal.

Kitchen hood yang dipasang tak berguna pun. Bau tetap terperangkap dan boleh melekat dekat baju.

Perkara Menyesal Yang Dilakukan Setelah Rumah Selesai Dibina Perkongsian dari: Win Azkha.

1. Penggunaan sliding door.

- Bakal menjadi kawasan kegemaran binatang seperti cicak dan burung untuk berak. Jika berlarutan hari demi hari, sudah pasti menyebabkan kita tidak larat nak cuci.

2. Penggunaan grill putih.

-Menyukarkan kita untuk mengelap dan sapu kerana habuk tidak mudah hilang. Ia boleh menyebabkan menjadi cepat berkarat.

3. Penggunaan kitchen cabinet putih.

- Memerlukan kerajinan yang tinggi untuk dilap setiap hari. Kalau tidak, berminyak satu dapur jadinya.

4. Dapur luas dan tandas kecil.

- Sebolehnya pastikan ruang tandas lebih besar. Ia memudahkan kita di hari tua kelak untuk masukkan kerusi roda atau tongkat 4. Pastikan ada tandas duduk juga.

5. Penggunaan cat guna warna kelabu.

- Jika mengupah tukang kurang mahir, lama kelamaan akan bercapuk putih.

6. Jangan buat bendul tinggi.

- Apabila sudah tua, nak melangkah pun tak larat.

Perkara Menyesal Di buat dari Perkongsian: Ochu Hanif Rembau

1. Banyak drop level dalam rumah sampai 2 kaki. Buat sama level lebih senang.

2. Bayar tukang penuh. Sampai hujung, dia tak datang.

3. Tak buat kitchen cabinet.

4.Dapur besar, ia memerlukan bajet lebih. Jika berkemampuan tidak mengapa untuk memiliki dapur besar.

Dalam menyesal ada syukur:

1. Tukarkan menjadi Homestay kerana ianya memiliki 15 bilik.

2. Penggunaan bata cool blok. Sejuk.

3. Tingkat atas 9 kaki. Jimat Aircond.

4. Api 3 fasa.

5. Penggunaan undercoat dan cat mahal.

6. Wajib pasang plastik sebelum konkrit.

Perkara Menyesal Yang Dibuat Semasa Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi iktibar kepada semua pembaca di luar sana sebelum membina rumah sekiranya tidak mahu menyesal seumur hidup dikemudian hari.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down