10 Tips Untuk Membuat Dapur Basah Terbuka Bahagian Rumah

0 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Pasti ramaikan yang ada impian atau berhajat untuk membuat dan mempunyai sebuah ruang dapur basah terbuka yang tampak lebih luas dan menyenangkan untuk beristirahat. Bukan sahaja untuk beristirahat namun untuk melakukan kerja-kerja memasak bahagian luar rumah berbanding didalam rumah.

Untuk menghasilkan satu ruang dapur basah yang luas dan menarik ia memerlukan minat dan bajet yang besar lebih-lebih lagi untuk mendapatkan ruang dapur basah terbuka yang besar seperti gambar di bawah.

Perkongsian kali ini adalah mengenai 10 Tips yang perlu anda tahu untuk melakukan "Open Wet Kitchen" macam dapur basah milik Naimah Md Ludin ini. 10 tips ini sememangnya dikongsikan oleh Naimah Md Ludin sendiri.

10 Tips Yang Perlu Tahu Untuk Membuat Dapur Basah Terbuka Pada Bahagian Rumah

Harini saya nak share 10 tips penting untuk mereka yang mempunyai hajat nak membuat dapur basah terbuka pada bahagian luar rumah.

10 Tips Penting Dalam Melakukan Sebuah Ruang Dapur Basah Yang Terbuka

1) Buat Kajian kawasan rumah sebelum bina dapur terbuka. Pastikan kawasan rumah selamat dan bebas dari penceroboh, laluan haiwan liar (ular) atau gangguan haiwan perosak (tikus/monyet).

2) Pemilihan konsep atau tema dapur terbuka. pilih satu konsep yang sesuai dengan suasana dan persekitaran, minat @ kecenderungan serta ruang pengudaaraan yang baik.

3) Pemilihan perabot dan dekorasi yang bersesuaian dengan tema yang dipilih. Nak jimat boleh D.I.Y sendiri perabot.

D.I.Y sendiri dinding dan kabinet storage

4) Susun atur perabot, kabinet dan meja yang bersesuaian supaya ruang nampak lapang, tidak serabut dan kemas supaya selesa untuk memasak dan menjamu selera.

5) Pastikan sampah dan sisa makanan terus dibuang ke dalam tong sampah tertutup atau tong sampah utama di luar rumah utk mengelakkan kehadiran tikus, lipas, semut dan kucing.

6) Sentiasa pantau rak, kabinet dan ruang tertutup sentiasa selamat dari kehadiran haiwan yang tak diingini.

7) Jaga Kebersihan ruang dapur basah dan pastikan lantai sentiasa kering dan bersih.

8) Hiaslah ruang dapur dengan tumbuhan hidup, pokok-pokok segar bagi menambah seri dapur terbuka.

9) Simpan perkakas dapur yang berharga atau berbahaya di tempat selamat. Kalau boleh sediakan ruang dapur kering kat dalam rumah.

10) Utamakan keselamatan penghuni rumah dan pastikan pagar dan tembok dalam keadaan selamat dan berkunci.

Gambar Dapur Basah Milik Naimah Yang Dikongsikan

Berikut merupakan beberapa gambar dapur basah milik Naimah Md Ludin ini.

Dapur Basah Terbuka
Multipurpose storage merangkap kaunter bar
Dapur Kering (dalam rumah)

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua terutamanya yang ada impian untuk membuat ruang dapur basah terbuka suatu hari nanti.

Sumber : Naimah Md Ludin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down