Tips Ruang Tamu Rumah Anda Kelihatan Cantik Dan Luas

3,259 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesiapa yang tak sukakan akan sebuah dekorasi ruang tamu yang cantik serta kelihatan premium pada rumah mereka. Deko ruang tamu ini antara deko yang paling dilihat oleh para tetamu yang bertandang ke rumah kita ni.

Jika deko ruang tersebut pun sudah tidak terurus dan tidak kemas, bagaimana tetamu nak datang ke rumah kita? Lagi satu komfirm kena jadi bualan oleh makcik bawang. Jadi, segera naiktaraf deko ruang tamu anda dengan mengikut beberapa tips ruang tamu menerusi tiktok daripada @aizamujari ini.

Menerusi tiktok ini akan mengajar anda bagaimana untuk jadikan sebuah ruang tamu rumah yang sendu kelihatan lebih cantik dan luas. Mana tahu boleh jadi bualan gosip makcik bawang apabila dekorasi ruang tamu dirumah sudah pun cantik.

Tips Ruang Tamu Untuk Rumah Anda Kelihatan Lebih Cantik Dan Luas

Nak sharekan sedikit tips untuk ruang tamu rumah anda kelihatan lebih luas can cantik. Rumah dengan ruang tamu yang kecil pun boleh guna tips ini.

Tips Ruang Tamu Rumah Yang Sempit Kini Kelihatan Luas Dan Cantik

  1. Gunakan Warna Lembut & Ringan

Untuk ruang tamu ini tidak perlulah pilih warna yang terang. Kalau ruang tamu tu besar boleh guna namun untuk ruang tamu kecil seeloknya gunakan warna lembut seperti warna putih.

Tips Ruang Tamu

2. Pilih Perabot Pelbagai Fungsi

Jika betul-betul nak jimatkan ruang rumah boleh pertimbangkan ambil perabot yang ada pelbagai fungsi. Antara contohnya adalah cermin almari, rak tv kabinet pelbagai layer dan sebagainya.

3. Letak Cermin Untuk Ruang Nampak Luas

Yang ni antara tips paling popular. Memang betul sebab dengan pantulan daripada cermin akan membuatkan ruang rumah anda kelihatan luas. Jika digabungkan dengan warna putih lagi nampak luas.

Tips Ruang Tamu

4. Guna Perabot Yang Tidak Makan Ruang

Salah satu ruag nampak sempit adalah penggunaan perabot yang banyak. Elakkan daripada membeli perbot yang besar kerana ianya akan memakan space yang sangat banyak.

5. Gunakan Satu Perabot Besar Sahaja

Yang ni khas untuk rumah mempunyai ruang tamu yang kecil. Nak letakkan perabot besar boleh tapi limit hanya 1 sahaja.

Tips Ruang Tamu

6. Tambah Rona Gelap Pada Siling

Tahukah anda bahawa tips ruang tamu jarang digunakan adalah penggunaan rona gelap? Ia membuatkan bahagian siling rumah boleh memberikan gambaran ruang tamu yang luas dan lebih besar.

Sumber : @aizamujari

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down