20 Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet

1,965 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semua orang sedia maklum yang kayu pallet ini banyak kegunaannya dan pelbagai cara boleh dibuat menggunakannya. Sebagai contoh adalah seperti meja, kerus, rak pasu bunga, rak kasut dan sebagainya.  Faktor penggunaan kayu pallet pada masa kini adalah disebabkan oleh kayu pallet ini mudat dicari dan dibuat sediri. Perkongsian kali ini adalah dari pemilik facebook DIY Perabot Pallet. Perkongsian menarik yang mahu dikongsikan adalah mengenai 20 idea perabot berasaskan kayu pallet inspirasi diy murah dan kreatif.

Sudah menjadi trend pada masa kini, penggunaan kayu pallet yang biasa hanya digunakan untuk meletakkan beg simen, jongkong bata pada zaman dulu. Kini di olah dengan idea kreativiti masing-masing menjadikan sesuatu perabot yang menarik dan cantik. Kayu pallet banyak kegunaannya tersendiri selain dari digunakan untuk menampung batu bata bada zaman dahulu. Kini kayu pallet mula mendapat perhatian apabila sering digunakan untuk mendeco rumah dan sebagainya.

Tidak hairan jika kayu pallet pada masa kini begitu laris terjual dek kerana fungsi kegunaanya sudah dipandang oleh pendekorasi-pendekorasi diseluruh dunia untuk dibuat perabut ala-ala hipster dan sebagainya. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi beberapa gambar dekorasi yang telah di olah menjadi perabot yang cantik. Jom sama-sama kita saksikannya.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini mengenai kegunaan kayu pallet dalam bidang dekorasi.

20 Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet :

 

[foogallery id="6908"]

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada hari ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi sumber inspirasi dan idea kepada anda dalam mencuba mendekorasikan perabot dengan hanya menggunakan kayu pallet yang sedia ada sahaja. Selamat mencuba

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down