Counter Bar Dapur Dibina Konsep "Industrial Raw Design"

63,876 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Tidak semua rumah mempunyai sebuah table top atau counter top dapur yang mewah dan elegan. Jika ada pun ianya samaada hasil DIY diri sendiri untuk jimatkan bajet atau juga ia hasil upah orang melakukanya jika ada duit lebih.

Seorang lelaki yang bernama Zuryat Abadi telah menghasilkan satu counter bar dapur basah beliau dengan konsep "Industrial Raw Design". Idea beliau tercetus selepas melihat beberapa hasil counter top daripada orang lain.

Hasil binaan counter top ruangan dapur tersebut, beliau telah dikongsikan didalam grup facebook Tukang Apa Hari Ini (TAHI). Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada ahli grup tersebut. Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini hasil binaan tersebut.

Bertemakan Konsep "Industrial Raw Design", Counter Bar Dapur Ini Dihasilkan Dengan Cantik Sekali

Cadangan membina counter bar dapur basah yang berkonsepkan 'industrial'/'raw'.

Saya mahu membina 'concrete top bar' yang hanya setebal 2" maksima. Bersudut kotak. Jadi, ianya seperti tidak kena apabila kaki 'counter bar' ini lebarnya 4", sedangkan tebal 'top bar' hanyalah 2"

Projek kali ini kita ada 'table top' sinki dan dapur memasak. Kabinet besi dengan jaring 'expended'. Pintu kabinet bawah dari kayu pallet atau papan lapis biasa. Dinding ruangan dapur basah pula dengan tekstur simen

Proses-Proses Membina Counter Bar Dapur

Counter top pada asalnya hanyalah bermula daripada ruangan kosong sahaja. Satu per satu dilakukan dengan melukiskan bahagian yang hendak dilakukan.

Counter Bar Dapur

Proses diteruskan dengan menebuk dinding untuk rupa counter top.

Counter Bar Dapur

Letakkan simen pada permukaan yang ditanda tersebut.

Bahagian simen tersebut diletakkan kayu untuk tujuan nampak kekemasan.

Counter Bar Dapur

Membina bahagian kabinet ruang dibawah.

Simen dahulu dan tunggu sehingga kering.

Counter Bar Dapur

Beralih kepada proses kedua pula. Alang-alang ada ruang kosong lebih kat tepi.

Counter Bar Dapur

Permukaan disimen agar material kukuh dan tahan lama.

Counter Bar Dapur

Sapukan simen juga pada bahagian bata tersebut dan tunggu ia kering sehingga jadi begini.

Biarkan dahulu counter top dahulu, fokus kepada proses membuat rak besi pula. Besi dibawah adalah besi yang telah di welding.

Gabungkan besi tersebut dan sedikit grill mesh. Saya semburkan sedikit warna gold.

Nak nampak rupa kabinet dah tu.

Inilah dia hasil kabinet besi tadi. Boleh letak pada bahagian counter top dapur tadi.

Counter Bar Dapur

Letakkan ditepi counter top tersebut.

Counter Bar Dapur

Kita beralih pula kepada proses melakukan pintu pada bawah kabinet tersebut.

Pintu ini dilakukan daripada kayu.

Untuk kemaskan lagi, saya welding lagi besi untuk letakkan pada bahagian kayu tersebut.

Pintu tersebut diletakkan pada bahagian bawah counter top tadi.

Counter Bar Dapur
Counter Bar Dapur

Hasil Akhir Proses DIY Counter Top Dapur 

Inilah dia hasil akhir selepas selesai proses membina counter top dapur ini. Boleh lah nak tengok-tengok untuk ambil sebagai inspirasi.

Counter Bar Dapur
Counter Bar Dapur
Counter Bar Dapur
Counter Bar Dapur

Sumber : Zuryat Abadi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down