5 Contoh Dekorasi Bilik Bertemakan Hello Kitty Yang Menarik!

674 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebut tentang Hello Kitty, satu dunia memang mengenalinya. Hello Kitty dicipta oleh Yuko Shimizu pada tahun 1974. Walaupun telah berdekad lamanya Hello Kitty ini dicipta. Sampai sekarang Hello Kitty ini masih mampu bersaing dengan kartun-kartun lain dan sampai sekarang masih relevan. Oleh kerana terlalu meminati Hello Kitty ini, Ramai golongan kanak-kanak perempuan dan wanita mula mendekorasikan bilik mereka dengan tema Hello Kitty. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi 5 contoh dekorasi bilik bertemakan Hello Kitty yang menarik.

Hello Kitty masih mampu memberikan penangan yang dasyat buat kanak-kanak perempuan dan gadis-gadis pada zaman sekarang. Watak Hello Kitty yang popular dan comel antara sebab kenapa ia sangat digemari oleh para gadis di luar sana. Bilik tidur yang bertemakan Hello Kitty ini memang cukup digemari oleh kaum hawa tidak kira peringkat umur.

Selain itu, bilik tidur Hello Kitty ini juga masih relevan bagi golongan remaja perempuan dan golongan wanita yang sudah dewasa. Hal ini kerana Hello Kitty ini miliki daya tarikan yang begitu menarik dengan kecomelannya. Itu lah sebab kenapa ramai golongan kanak-kanak dan wanita menyukainya. Di sini Giler Deco bawakan kepada anda 5 contoh dekorasi yang berkonsepkan Hello Kitty sebagai inspirasi kepada anda untuk lakukan dekorasi di bilik anda nanti. Aksesori bagi bilik tidur Hello Kitty ini masih boleh didapati di mana-mana Outlet Hello Kitty dan secara online shopping.

5 Contoh Dekorasi Bilik Bertemakan Hello Kitty :

 

1. Ruang bilik yang simple dan menarik hasil dari dekorasi yang cantik bertemakan Hello Kitty ini. Ianya kelihatan cantik kerana unsur yang dimasukkan tidak begitu berserabut

2. Konsep Hello Kitty dengan tema dekorasi penuh ini sangat cantik untuk golongan kanak-kanak perempuand dan wanita dewasa.

3. Dekorasi ini adalah hanya sesuai untuk golongan wanita dewasa sahaja. Kalau anda perasan dekorasi ini adalah hanya untuk golongan dewasa kerana tona warna yang lebih matang dan kurang menyerlah.

4. Dekorasi simple dengan hanya hiasan pada katil sahaja yang bertemakan Hello Kitty

5. Dekorasi bilik ini sememangnya untuk kanak-kanak dan golongan remaja perempuan sahaja. Ini kerana dekorasinya lebih menyerlah sesuai untuk golongan kanak-kanak usebagai daya penarik.

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea dan inspirasi untuk mendekorasikan bilik tidur anda nanti.

baca juga : Wanita Ini Kongsikan Projek DIY Cara Membuat Coffee Table Ala-Ala Korea

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down