5 Langkah Pemasangan Deck Tiles Pada Halaman Rumah

21,010 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila sebut mengenai deck tiles, rata-rata orang sudah mengenalinya. Hal ini demikian kerana deck tiles sangat digemari ramai untuk digunakan dalam dekorasi rumah tidak kira lah dekorasi balkoni mahupun laman rumah.

Selain itu, salah satu sebab mengapa deck tile menjadi pilihan ramai adalah disebabkan oleh cara pemasangannya yang sangat mudah. Tak perlu alat yang khusus pun. Cantumkan je. Mudah kan.

Bila dah ada cara yang mudah macam ni tak kan nak buat benda yang susah. Betul tak. Dah la mudah nak pasang, harga murah, hasil cantik pulak tu. Siapa je tak nak.

Jom ikuti perkongsian dari syukrishahabuddin mengenai proses pemasangan deck tiles yang telah dilakukan di halaman rumah beliau.

Steps Pemasangan Deck Tiles Semudah ABC

Bahan-bahan Yang Diperlukan:

Langkah-langkah Pemasangan Deck Tiles

1. Bersihkan bahagian laman rumah yang ingin diletakkan deck tiles. Pastikan tiada rumput yang tersisa. Kemudian tabur pasir.

pemasangan deck tiles
pemasangan deck tiles

2. Mampat dan ratakan pasir untuk pastikan pemasangan deck tiles kemas dan cantik.

3. Kemudian bentang weedmat mengikut saiz tempat yang ingin di deko. Weedmat adalah pelapik permukaan tanah yang berfungsi sebagai penghalang cahaya matahari bagi mengawal pertumbuhan rumpai pada bahagian bawah deck tiles.

pemasangan deck tiles

4. Dah siap pasang weedmat, boleh la start susun deck tiles pula. Susun elok-elok tau. Jangan sampai terbalik pula.

pemasangan deck tiles

5. Dah siap susun, kita letak batu kerikil pula. Baru la cantik.

Tada! Dah siap pun dekorasi halaman rumah menggunakan deck tiles. Mudah je kan. Tak perlu upah interior designer pun. Yang penting kena rajin je. Buah malas tu buang jauh-jauh.

pemasangan deck tiles

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai langkah pemasangan deck tiles pada halaman rumah. Semoga dengan perkongsian sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada korang.

Sumber : @syukrishahabuddin (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down