Ubahsuai Laman Rumah 330 Sqft Dengan Rumput Karpet

3,629 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesebuah kawasan rumah ini sudah semestinya perlulah cantik dan mempunyai pandangan yang mampu memukaukan jiran-jiran sebelah. Jika kawasan halaman rumah teruk, akan dipandang teruk antara jiran-jiran kita.

Jadi, perkongsian daripada Ahmad Tarmizi ini bakal mengubahkan kawasan halaman rumah kamu yang buruk menjadi kelihatan sangat cantik dan menarik. Dengan menggunakan rumput karpet sahaja sudah mampu membuatkan halaman rumah anda nampak cantik.

Bagaimana untuk melakukan dan menukarkan laman rumah yang kelihatan teruk menjadi cantik? Jom ikuti perkongsian daripada Ahmad Tarmizi ini.

Lelaki Ini Ubahsuai Laman Rumah Kosong Keluasan 330Sqft Dengan Rumput Karpet

Just sharing project Artificial Grass (AG) DIY pada laman rumah saya keluasan 330 Sqft ini. Project ubahsuai laman rumah untuk sambut Syawal PKP 2021.

Macam macam cara pemasangan rumput karpet ni, ada yang guna batu + pasir. Ada yang simenkan dulu bahagian tanah & ada yang buat proper saliran air. So terpulanglah cara mana yang kita prefer. Pada saya selalu memikirkan, kalau just batu & tanah, saliran air kurang efficient membuatkan nanti AG cepat rosak & mungkin berbau sebab kelompok kelompok air bertakung.

Selepas refer google,FB & youtube sebagainya, dapat lah idea & reference untuk memasang AG ni dengan saliran air yang sempurna & hasilnya amat berpuas hati. Dan ada insan yang hanya dikenali dalam FB, amat banyak membantu mengajar A-Z tanpa lokek ilmu walaupun beliau contractor landscaping ni.

Proses Melakukan Ubahsuai Laman Rumah Ini

Ratakan tanah & levelling ratakan tanah kena agak-agak nanti tinggi untuk rumput karpet nanti setelah diambil kira tinggi ratakan batu dan draincell. Dalam kes ni saya ratakan tanah 4 inch dari kaki lima tepi rumah / porch.

Ubahsuai Laman Rumah

Korek saluran untuk install pipe UVPC putih iaitu pipe saluran hujan. Saya pilih size 3 inch kerana sesuai untuk laman yang tak besar mana. Kedalaman agak2 separuh pipe tertimbus sahaja. Total pipe 3.5 batang = 70 feet +. 2 pcs equal tee dan 3 pcs socket (untuk sambung pipe) & 3 pcs blind.

Sebelum tu, kena buat lubang2 atas pipe tu dahulu untuk saluran air nanti. Ada yang buat melintang. Ada yang tebuk bulat-bulat. Terpulang lah ye. Lubang2 ni ni sepanjang pipe. Boleh refer gambar.

Semasa install pipe, pastikan gradian nye betul supaya air boleh mengalir dengan sempurna. Time ni kena pandai2 lah adjust korek2 tanah. Semasa install setiap pipe, saya test dulu dengan air supaya pastikan air mengalir baru lah taruk gam.

Ubahsuai Laman Rumah

Lubang atas pipe tadi tutupkan dengan net nyamuk. Selalu nya color hijau tu. Lagi kecil lubang net, lagi bagus. Bila letak net ni baru Nampak Bila dah letak net, baru lah mampatkan tanah tepi2 pipe supaya pipe tak begerak. Mampatkan tepi2 jeer dan jangan tutup lubang tadi.

Pemasangan Batu Kecil & Rumput Karpet

Selepas siap process ni, timbus pipe lubang tadi dengan batu concrete. Prefer size 3/8. Tapi susah nak dapat jadi saya guna batu concrete ¾ jelah. Jumlah 2 skop. Kenapa prefer batu 3/8. Ia lebih kecil dan senang untuk ratakan & levelling. Lagi satu, bila kecil ia lagi senang mampat.

Level ratakan batu kena consider ketebalan draincell & rumput kita nanti. Contoh disini saya gunakan draincell tebal 20mm. AG 30mm.

Bila batu dah rata, boleh install draincell. Masa install ni ada juga area yang tak sama tinggi. Jadi, adjust dengan balance2 batu yang ada.. pasang draincell ni macam main puzzle je. Tutup semua kawasan berbatu dengan draincell. Sampai stage ni dah terbayang rumput menghijau nanti.

Ubahsuai Laman Rumah

Last stage iaitu proses memasang rumput. In market AG standard size lebar 2 meter = 6.5 feet. 1 gulung 25 meter. So kena ambil measurement yang betul AG kita nanti berapa potongan. Pemasangan AG ni perlukan skill & ilmu juga supaya nampak cantik.

Hasil Ubahsuai Laman Rumah Yang Dilakukan

Inilah dia hasil yang kami lakukan pada laman rumah kami ini. Daripada laman rumah yang asalnya buruk dan kosong kini sudah pun nampak cantik dengan rumput karpet.

Ubahsuai Laman Rumah
Ubahsuai Laman Rumah
Ubahsuai Laman Rumah

Sumber : Ahmad Tarmizi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down