6 Tips Jadikan Bilik Para Kaki Gamers Menjadi 'Superb'!

6,158 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bagi para gamers, bilik tidur merupakan syurga dunia bagi mereka. Sebab, biasanya mereka akan banyak menghabiskan waktunya di bilik untuk bermain game. Apatah lagi kalau interior bilik cukup nyaman dan terdapat pelbagai alatan permainan.

Nah, biar kegiatan main game makin syok, bagi yang belum ada bilik gaming mungkin cadangan kami boleh menyelesaikan masalah korang.

Hari ini giler deko ingin berkongsikan dengan anda semua khususnya kepada kaki gamer semua tentang tips jadikan bilik para kaki gamers menjadi superb. Tips ini akan membuatkan bilik gaming anda nampak elegan dan cantik. Jom kita tengok.

 

6 Tips Jadikan Bilik Para Kaki Gamers Menjadi 'Superb'!

 

1. Agar lebih menarik, korang boleh tampalkan poster-poster Avengers atau ikon gaming yang lain, baru syok gituu. Kerusi tu biar yang kukuh dan tak kebas kalau duduk lama lama, hehe~

Tips Bilik Para Kaki Gamers

2. Gamer sejati semestinya memiliki LCD sendiri. Biar Nampak kemas, letakkan item-item tersebut di meja-meja mereka sendiri. Baru nampak bilik korang wow…

Tips Bilik Para Kaki Gamers

3. Biar boleh main game sambil baring, skrinnya korang boleh letakkan di atas meja sebelah katil korang. Biasanya, yang jenis hidup mati bersama game la yang camni..haha~

Tips Bilik Para Kaki Gamers

4. Meja untuk main game boleh korang letakkan di sebelah tingkap. Kalau dah bosan giler selalu kalah, tenangkan fikiran lihat keindahan ciptaan tuhan..gituuuu~

Tips Bilik Para Kaki Gamers

5. Sebenarnya untuk menerapkan rasa bilik gaming, tak perlu kos yang tinggi pon. Pemilihan lampu yang sesuai juga boleh datangkan “feel” yang lain macam gitu. Lampu yang sederhana terang dan cahaya kebiruan menaungi bilik pon “fuh”..korang tak percaya cubalah..

Tips Bilik Para Kaki Gamers

6. Bilik sempit ape de hal? Korang boleh letakkan pc korang sebelah katil, ruang yang kecil bukan halangan untuk jadikan bilik kita ala ala gamers. Bilik besar tak pandai susun tak de guna jugakkan? haha

Macam mana dengan tips yang telah kami kongsikan? Menarik bukan? Kepada kaki-kaki gamers semua, diharap artikel ini dapat sedikit membantu anda dalam menjadikan bilik gaming anda menjadi superb. Itu sahaja daripada giler deco. Semoga bermanfaat untuk anda semua,

Follow juga kami di Facebook disini

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- 3 Trik Menghias Rumah Kediaman Agar Kelihatan Cantik Dengan Kos Rendah!

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down