Cara DIY Rak TV Guna Gypsum Board

30,857 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semua orang memiliki minat yang berlainan dalam semua perkara. Ada yang jenis suka berkebun dan ada juga jenis yang suka melakukan sendiri secara DIY. Itu yang dilakukan oleh seorang warganet Facebook yang bernama Helmi Husaini. Beliau telah menghasilkan Rak TV serta menunjukkan sekali cara DIY rak tv guna gypsum board.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita ikuti langkah dan cara membuat DIY ini.

Langkah DIY Rak TV Cara Bajet

Salam semua. Saja kongsi pengalaman buat rak tv menggunakan gypsum board. Nak tempah mahal, jadi kita buat sendiri. Biar lambat asal jimat.

Langkah pertama bermula dengan pemasangan rangka metal stud. Kalau boleh cuba design dahulu jenis reka bentuk macam mana yang dimahukan.

diy rak tv

Penggunakan laser amat penting untuk pastikan lurus.

Selepas itu pasang set bracket tv.

Pandangan dari side view.

Corner bead kena pasang sebab nanti senang nak dapat sharp edge bila skim.

Ini adalah semasa proses pemasangan gypsum board. Pastikan pasang dengan betul dan lurus.

Kerja paling mencabar adalah apabila nak lakukan skim. Jadi, perlu banyakkan bersabar dalam melakukan benda ini.

Proses mengecat dengan menggunakan cat undercoat dilakukan.

Hasil setelah rak tv selesai dilakukan DIY. Sangat menarik konsep dan reka bentuk yang dihasilkan.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca dalam melakukan DIY rak tv seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down