Projek Deco Dinding Gaya Geometri Hasil Air Tangan Wanita

1,038 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebagaai seorang suri rumah, boleh dikatakan mereka banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Bagi mengisi masa terluang di rumah selepas selesai melakukan kerja rumah, boleh la fikirkan satu konsep gaya baru mengikut citarasa sendiri.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita ini yang bernama Diey Diey. Beliau telah menghasilkan projek deco dinding gaya geometri hasil air tangan wanita.

Jom ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.

Projek Deco Dinding Gaya Geometri

Manfaatkan masa yang ada dekat rumah maka terhasil juga air tangan seorang wanita tanpa sentuhan tangan lelaki walaupun tak setanding gubahan deco-deco sahabat-sahabat dalam group ini. Bunga-bunga itu semua kita beli dekat kedai rm2 saja nak jimat.

Keadaan dinding semasa hari pertama mengecat dengan corak geometri.

Dinding Gaya Geometri

Projek deco diteruskan lagi pada hari kedua. Memang penat tapi agak berbaloi.

Dinding Gaya Geometri

Proses seterusnya adalah mengecat pada bahagian tangga pula.

Dinding Gaya Geometri

Proses mengecat selesai dilakukan. Kemudian, projek seterusnya pula melukis wainscoting pada bahagian tangga tersebut.

Dinding Gaya Geometri

Bahagian bucu dinding selepas diubahsuai.

Dinding Gaya Geometri
Dinding Gaya Geometri

Bahagian dinding dari sudut pandangan sisi.

Dinding Gaya Geometri

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk melakukan projek DIY seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down