Tips Mudah Penjagaan Barangan Elektronik Setelah Terkena Air Banjir

8,303 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bencana banjir yang melanda pada ketika ini banyak meninggalkan kesan yang agak teruk terutama sekali buat rumah mereka yang ditenggelami air akibat banjir melanda. Kebanyakkan rumah yang dilanda banjir akan dipenuhi lumpur dan barangan-barangan elektronik tidak terkecuali dimasuki dan dihanyutkan air serta menyebabkan kerosakan.

Sebenarnya, barangan elektronik yang terkena air banjir itu tidak rosak sepenuhnya. Tetapi, malangnya ia menjadi rosak sepenuhnya sekiranya kita tidak sengaja melakukan kesalahan semasa cuba menghidupkan untuk digunakan semula.

Untuk memastikan barangan elektronik tersebut dapat digunakan semula tanpa menanggung kerosakan, kita perlu mengetahui cara dan tips mudah mengenai cara menguruskan barangan elektronik yang terendam air banjir. Jadi, jom sama-sama kita ikuti tips ini.

Tips Kepada Mangsa Bencana Banjir Berkaitan Penjagaan Barangan Elektronik Kesan Terendam Banjir

Tips Mudah Penjagaan Barangan Elektronik Setelah Terkena Air Banjir
Tips Mudah Penjagaan Barangan Elektronik Setelah Terkena Air Banjir
  1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test sama ada ianya masih OK atau TIDAK.
    Hal ini kerana, apabila aliran elektrik berjalan semasa barangan elektronik tersebut basah, ia boleh menyebabkan litar pintas.
  2. Kumpul semua peralatan eletrik, kemudian tembak air menggunakan water jet atau paip hos untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
  3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur. Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.
  4. Bila rasa sudah cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
  5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.
  6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.
  7. Akhir sekali barulah hidupkan untuk test OK atau TIDAK. Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan eletrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.
Tips Mudah Penjagaan Barangan Elektronik Setelah Terkena Air Banjir

Diharap tips ini bermanfaat untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan eletrik yang baru. Mudah-mudahan kita dapat membantu semua mangsa banjir.

Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya.

Kredit: Fida Firdauz

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down