Projek Bertukang Meja Workbench Dari Abang Sado

254 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan kerja-kerja pertukangan dengan cara DIY pada masa kini sering dilakukan oleh semua golongan tidak mengira peringkat umur.

Walaupun projek sebegini kadangkala kelihatan agak sukar untuk dilakukan. Namun, jika kerap dilakukan, lama kelamaan ia akan menjadi lebih mahir dan mudah. Seperti yang dilakukan oleh abang sado ini yang bernama Nur Hidayat Dahalan. Disebabkan minat mendalam dalam dunia pertukangan, beliau telah berjaya menghasilkan meja workbench dengan cara DIY sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini dengan lebih lanjut di bawah.

Projek Bertukang Meja Workbench

Terimalah hasil karya terbaru saya Workbench table akibat banyak sangat tengok Youtube, terpengaruh jadinya.

Tujuan nak buat meja ini sebab dalam otak banyak benda DIY yang nak dibuat sendiri dan cadangan dari orang sekeliling juga.

Meja kerja bagusnya untuk elak sakit belakang. Maka tercipta la meja, cabinet dekat bawah itu. saja-saja buat, idea sepintas lalu dan ada la storage untuk peralatan lain.

Selamat berkarya semua.

Proses pemasangan kerangka meja selesai dilakukan.

Meja Workbench

Selepas itu, meja tersebut disapu dengan cat berwarna hitam.

Meja Workbench

Inilah abang sado yang bertanggungjawab dalam penghasilan projek DIY ini.

Meja Workbench abang sado

Bahagian tengah meja itu boleh dibuka dan boleh juga dijadikan sebagai laci.

Workbench table

Keadaan meja selepas dipasang pintu kabinet. Cukup menarik dan kreatif apa yang dihasilkan oleh abang sado ini.

Workbench table

Gambar meja workbench setelah siap proses mengecat dan pemasangan kabinet dilakukan.

Workbench table

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down