Penghasilan projek DIY pada masa kini sudah menjadi kelaziman buat pemilik rumah. Dahulunya, kerja-kerja DIY seperti ini hanya dilakukan oleh tukang mahir sahaja, kini ianya mampu dilakukan oleh semua orang walaupun baru sahaja mula belajar bertukang.
Itu yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Lan Latif. Beliau telah berkongsi cara beliau hasilkan kabinet hiasan pada ruang tamu yang ringkas dan kreatif.
Hasil dari bakat dan kreativiti yang ada pada dirinya, beliau telah berjaya menterjemahkan kelebihannya itu dengan menghasilkan satu kabinet hiasan untuk dijadikan tempat meletakkan basikal kesayangan serta barang-barang basikalnya.
Ingin ketahui dengan lebih lanjut? Jom sambung bacaan dengan lebih lanjut di bawah ni.
Cuba-cuba buat kabinet pula dari budak baru belajar bertukang. Dapat jimat bajet sikit.
Langkah pertama, lakar terlebih dahulu corak dan konsep almari yang ingin dihasilkan.
Papan yang digunakan untuk membuat kabinet ini jenis laminated bersaiz 18 mm.
Harga untuk papan bersaiz 18 meter adalah RM96. Manakala yang bersaiz 15 mm pula RM87. Kos keseluruhan yang dikeluarkan adalah lebih kurang RM750 sahaja.
Kabinet setelah siap dipasang.
Pada ketika ini beliau cuba letakkan basikal dan beberapa perhiasan terlebih dahulu sebab nak tengok keadaannya.
Langkah seterusnya pula adalah menampal formica pada bahagian pintu kabinet dan bahagian permukaan luar. Formica boleh didapati di kedai hardware perabot iaitu kedai jual in out perabot. Saiz seperti plywood dan harga pula berbeza-beza mengikut warna.
Keadaan almari tersebut setelah aura pencahayaan dimasukkan. Ianya boleh diubah mengikut warna yang dimahukan seperti gambar di bawah ini.
Selesai sudah projek membuat kabinet hiasan pada ruang tamu miliknya. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.