Cara Transformasi Kipas Siling Lama Jadi Baru Dan Exclusive

176 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah korang ada tak kipas siling macam ni tak? Kipas siling ini pada asalnya warna putih. Namun, apabila sudah lama digunakan, sudah pasti penuh dengan habuk dan berkarat. Nak tukar baru rasa macam membazir sebab kipas masih berfungsi dengan elok lagi.

Jadi, apa kata kita make up sedikit bagi cantik semula hanya guna spray sahaja. Untuk pemilik rumah ini, beliau memilih spray warna gold.

Jadi, untuk mengetahui langkah demi langkah dan cara lakukan projek DIY ini, boleh lihat di bawah.

Cara Transformasi Kipas Siling Lama Jadi Baru Dan Exclusive

Tahun lepas beliau cuba pasang wallpaper sahaja pada bilah kipas.

Cara Transformasi Kipas Siling Lama Jadi Baru Dan Exclusive

Langkah makeover kipas:

  1. Mula-mula, cabut bilah kipas dan cuci sehingga bersih. Kemudian, gosok bahagian tepi kipas yang berkarat dengan kertas pasir.
  2. Apabila sudah betul-betul bersih, baru spray bilah kipas itu.

Untuk projek ini, boleh beli 2 jenis spray. Spray yang digunakan:

  • White code 2.
  • Gold code 808.

Kalau nak cari cat untuk kipas dekat rumah, boleh dapatkan di sini: https://shope.ee/9zRL06twB6

Cara Transformasi Kipas Siling Lama Jadi Baru Dan Exclusive

Cara Transformasi Kipas Siling Lama Jadi Baru Dan Exclusive

Langkah seterusnya, tunggu sehingga cat kering baru pasang.

Cara Transformasi Kipas Siling Lama Jadi Baru Dan Exclusive

Beginilah hasil selepas kipas ini selesai diubahsuai. Sekali tengok nampak macam kipas baru tau!

Cara Transformasi Kipas Siling Lama Jadi Baru Dan Exclusive

Tak sangka dengan bajet tak sampai RM30 pun boleh tukarkan kipas lama jadi cantik semula cun melecun macam ni.

Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down