Pada masa kini, sudah ramai pemilik rumah mula membuka mata dan berjinak-jinak dalam bidang pertukangan. Hal ini kerana, tidak semua orang berkemampuan untuk mengupah pakar dalam menghasilkan dekorasi yang cantik untuk rumah mereka.
Sudah pasti akan lebih jimat dan berbaloi sekiranya ia cuba dilakukan sendiri dengan konsep dan gaya mengikut kemahuan kita. Perkara tersebut telah dikongsi oleh wanita ini yang bernama Nurfarahwahida Ishak. Beliau telah hasilkan deco dinding shiplap dengan cara yang cukup jimat bajet.
Bagi mengikuti projek DIY yang dilakukan ini dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Hasil deco dinding shiplap, ilham diambil dari group ini juga. Pasang sendiri baru puas hati dan sangat menjimatkan wang.
Keadaan dinding ruang tamu sebelum diubahsuai. Dinding rumah ini berketinggian 9 kaki dan lebar 10 kaki. Bilangan kayu shiplap yang dibeli untuk saiz 4 kaki adalah 36 keping, untuk 2 kaki pula adalah 18 keping.
Cara pengiraan saiz berserta harga :
Kayu Shiplap boleh beli disini: https://shope.ee/99qpit3HXe
Pengiraaan ini biasanya dibuat oleh penjual semasa membeli barangan tersebut.
Untuk pemotongan dan memasangan, beliau hanya menggunakan gergaji biasa dan barangan sedia ada sahaja. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir supaya ianya lebih lembut.
Kos yang dikeluarkan untuk penghasilan dinding shiplap pada ruang tamu ini adalah RM300.
Selepas itu, cat dinding tersebut dengan warna putih terlebih dahulu menggunakan cat Dulux. Demudian, guna cat Jotun Majestic True Beauty.
Dinding shiplap setelah selesai dicat.
Hasil akhir dinding ruang tamu setelah selesai dipasang dinding shiplap.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.