Proses Tambah Bahagian Dapur Pada Belakang Rumah

26,629 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Adakah anda terfikir inginkan sebuah dapur yang cantik, kelihatan cantik berseri-seri dan ruang yang luas? Jika anda sudah pun mempunyai dapur dan berhajat untuk memperluaskan lagi kawasan tersebut, bolehlah lakukan proses tambah bahagian dapur macam dilakukan dan dikongsikan oleh Wati Aziz ini.

Dengan bermodalkan sebanyak RM12K, hasil akhir dapur bahagian belakang ini mendapat perhatian daripada warganet disebabkan hasilnya yang begitu menakjubkan. Ingin tahu bagaimanakan hasil sebelum dan selepas dapur ini, jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Wanita Kongsikan Proses Tambah Bahagian Dapur Belakang Rumah Bermodalkan RM12K

Setelah 10 tahun, alhamdulillah ade rezeki tambah dapur dengan harga yang sangat2 berbaloi bagi saya. Rezeki kami dapat kontraktor yang bertanggungjawab dan amanah dalam buat kerja. Tak berkira. Korang rasa ok tak12k++ skali table top 7x5, tiles, wayering, piping. Dah tanya merata ni harga yang plaing ok kami dapat. Orang pompuan tak dapat barang kemas pon tak apa janji dapat dapur idaman dulu. 😅 Dapur 22x6. Tak de la besar sangat tapi lebih dari cukup dah tu haa. Tq buat ahli2 dalam ni yang banyak share info dan deko yang menjadi inspirasi dekorasi rumah kami. Moga murah rezeki kita semua dan diberkatiNya.

Proses-Proses Dalam Melakukan Penambahan Ruang Dapur Ini

Berikut merupakan langkah-langkah atau juga proses yang dikongsikan oleh wati aziz dalam proses tambah bahagian dapur dirumah beliau.

Proses Tambah Bahagian Dapur

Kayu sampai pon dh excited

Proses Tambah Bahagian Dapur

kerja-kerja pemasangan bumbung atau atap sedang dilakukan. Semestinya nak nampak cantik dengan keindahan bumbung yang baharu. Proses tambah bahagian dapur ini masih lagi diteruskan.

Idea saya nak buat garisan ala2 shiplap kononnya.

Proses Tambah Bahagian Dapur

Makin lama makin excited pula. Ni pun dah start mula kumpul gambo deco.

Bli kapet dapur dengan warna hijau Memang susah gilerr nak dpt. Dapat macam ni pon boleh.

Proses Tambah Bahagian Dapur

Belakang juga sudah semestinya diwarnakan cat bertemakan warna hijau.

Kita deko belakang sikit. Takkan depan je nak lawa kan?

Proses Tambah Bahagian Dapur

Beli sikit barang dapur yang bertemakan warna hijau. Go green !!. Jangan pulak tagline "Mak Kau Hijau"

Kabinet dapur yang lama kita cat balik nak bagi nampak baru kembali sedondon hijau semua

Otw diy tempat bawang. Lepasni bawang pun dah ada tempat khas.

Alhamdulillah, siap juga akhirnya rak bawang khas ini.

Proses Tambah Bahagian Dapur

Baru setup bahagian laundry mini ini.

Proses Tambah Bahagian Dapur

Banyak barang dari kedai eco ja. Buah2 bawang gantung, pinggan kertas cactus semua tu dari kedai eco.

Dalam ruang tamu pon tak leh lari dengan warna hijau. Sofa lama transform ke sofa baru. Picture wall ja belum bertukar lagi.

Proses Tambah Bahagian Dapur

Kredit : Wati Aziz

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down