Hasil Ubahsuai Ruang Apartment Kembali Nampak Seperti Baru

2,736 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapat sebuah rumah apartment merupakan satu kelegaan kerana apa jua rumah yang kita dapat ini seharusnya bersyukur diberikan tempat untuk berteduh. Apabila mendapat sesuatu rumah barulah kita boleh melakukan apa jua ubahsuai yang bersesuaian dengan tema yang kita inginkan.

Macam yang dikongsikan oleh Siti Suhaili Yahya ini yang menunjukkan rupa rumah apartment beliau dengan keluasan 870 Sqft ini. Pada asalnya rupanya nampak kosong dan biasa sahaja. Namun, disebabkan ingin kan ruang bertemakan warna putih ubahsuai ruang apartment dilakukan.

Jom kita melihat hasil akhir bahagian ruang apartment yang dilakukan ni. Mana tau kan anda semua boleh jadikan ubahsuai ini sebagai inspirasi anda.

Hasil Akhir Ubahsuai Ruang Apartment Yang Kelihatan "Jelek" Kini Cantik & Berwajah Baharu

Sebuah apartmen yang sangat kecil tidak semestinya perlu merasa seperti saiznya. Oleh kerana ruang memainkan peranan penting di rumah yang kecil, penyusunan dan mengubah perabot dengan betul adalah sangat membantu.

Siapa sangka, sebuah rumah lama nampak kecik diberi nafas baru. Apartment lama 870sqft diubahsuai secara ringkas dan lebih memilih perabot yang simple. Walaupun rumah lama tetap nampak baru setelah diubah suai. Semoga pengkosian ini bermanfaat kepada semua.

Hasil Sebelum & Selepas Ubahsuai Ruang Apartment 870 Sqft

Bahagian Ruang Tamu

Inilah dia bahagian ruang tamu apartment 870 Sqft ini. Sememangnya rupa asal ruang ini dah okay namun untuk menampakkan lebih cantik lagi, proses ubahsuai dilakukan agar ia dapat masukk dengan tema minimalis yang bakal dilakukan.

Ubahsuai Ruang Apartment

Inilah dia proses semasa ruangan ruang tamu yang diubahsuai. Dinding dicatkan dengan warna putih dan tambahkan lagi siling L Box dengan lampu.

Dah siap makeover ruang tamu ini, inilah dia hasil dekorasi minimalis yang dilakukan. Disebabkan ingin sekata dengan warna putih jadi perabot pun kebanyakkan adalah warna putih.

Ubahsuai Ruang Apartment

Ruang makan untuk dijadikan tempat makan bersama keluarga.

Bahagian Dapur

Bahagian dapur juga perlu dilakukan "overhaul" sepenuhnya. Untuk sama dengan suasana diruang tamu tadi, proses pada bahagian dapur dilakukan ubahsuai sepenuhnya.

Ubahsuai Ruang Apartment

Inilah dia hasil dekorasi pada ruangan dapur tersebut. Lagi sekali menerapkan tema warna putih yang cantik dan bersih ini. Kabinet atas dan bawah ditambah pada satu ruang agar kelihatan lebih luas dan menjimatkan ruang yang lain.

Ubahsuai Ruang Apartment

Kredit : Siti Suhaili Yahya

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down