Anugerah yang paling bernilai dalam hidup kita adalah apabila dihadiahkan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang sangat ringan tulang dan selalu menolong orang tuanya. Hidup bersederhana pun tak apa asalkan bahagia.
Itu yang dapat diungkapkan apabila melihat gambar perkongsian projek dekorasi rumah dari lelaki ini yang bernama Zapa Abdul Rahim. Beliau bersama-sama dengan anaknya giat melakukan projek pemasangan dinding shiplap pada ruang laluan ke bilik.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Projek DIY. Anak-anak pun seronok nak tolong sama. Aktiviti keluarga katanya.
Barang-barang kumpul sikit-sikit, beli di Shopee dan DIY. Belajar di youtube.
Hasilnya seperti gambar last. Alhamdulillah. Siap satu dinding, lepas kering cat tu, boleh tambah layer lagi sampai cun.
Dan ada dinding panjang lagi menanti
Keadaan laluan ke bilik sebelum dipasang shiplap wall.
Bahagian bawah nampak lebih kemas dengan adanya skirting yang dibuat oleh developer.
Ini adalah semasa proses menampal kayu shiplap tersebut pada bahagian dinding bawah. Untuk tinggi, saiz papan itu 3 kaki, lebar 150 mm dan tebal 6 mm.
Anak-anaknya juga gigih melakukan susunan sebelum diletakkan pada dinding.
Pada bahagian celah-celah kayu shiplap itu diletakkan batang aiskrim untuk menjadikan gap itu sekata.
Proses mengukur sama ada ianya seimbang atau tidak. Pada bahagian atas shiplap itu dipasang dengan flat pvc 80mm.
Proses ratakan cat pada bahagian celahan dinding itu.
Aktiviti seterusnya pula beliau serahkan kepada askar-askar cilik untuk mengecat bahagian bawah dinding yang dipasang shiplap itu.
Beliau mengambil alih proses mengecat pada bahagian-bahagian yang sukar dicat.
Proses mengecat sudah hampir siap dilakukan.
Inilah hasilnya. Cantik projek DIY shiplap wall dinding bawah ala-ala batten wall yang dilakukan ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.