Ubahsuai Kediaman Suram Dengan Dekorasi Lebih Ceria

4,877 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi kediaman rumah dengan menggunakan konsep wainscoting cukup ramai digunakan oleh pemilik rumah pada masa kini sehingga menyebabkan ada segelintir pemilik rumah mula merasa bosan dengan konsep sebegitu.

Namun, bagi mengekalkan keserian rumah mengikut peredaran zaman, apa kata kita cuba gabungkan beberapa jenis konsep mengikut kesesuaian kediaman tersebut.

Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Norazren Earin. Beliau telah melakukan ubahsuai kediaman suram dengan dekorasi lebih ceria dan menarik.

Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Ubahsuai Kediaman Suram Dengan Dekorasi Lebih Ceria

Sebelum dan selepas, kasi ceria sikit rumah.

Bahagian dinding sebelum diubahsuai. Sebelum ini pakai wainscoting. Namun, disebabkan sudah ramai orang buat, beliau merasakan konsep itu agak boring.

Disebabkan beliau pula jenis memang tak boleh duduk diam, ada saja benda nak buat, maka terhasillah dekorasi seperti ini.

Ubahsuai Kediaman Suram

Ruang makan sebelum diubahsuai.

Ubahsuai Kediaman Suram

Bahagian dinding cermin sebelum dibuka dan dibuang.

Ubahsuai Kediaman Suram

Buat yang bertanya, kenapa buka cermin itu? beliau memang tak boleh kalau hujan kilat, beliau mula rasa resah.

Ubahsuai Kediaman Suram

Disebabkan masih ada lebihan cat yang banyak. Jadi, beliau terus cat sahaja kawasan tersebut dan terhasillah ruang makan seperti ini. Konsep yang digunakan lebih kepada bohemian.

Ubahsuai Kediaman Suram

Bahagian ruang tamu menonton tv sebelum diubahsuai.

Ubahsuai Kediaman Suram

Ruang tamu setelah selesai diterapkan dengan dekorasi yang lebih ceria.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down