Dekorasi Dinding Raya Bermodalkan RM100

514 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Raya tahun ni confirm meriah setelah dua tahun menyambut hari raya aidilfitri dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pasti ramai yang berlumba-lumba nak menunjukkan skill menghias rumah lebih-lebih lagi bagi orang yang ingin mengadakan open house.

Walau bagaimanapun, berpada-pada lah dalam menggunakan wang untuk perbelanjaan hari raya nanti. Sekarang kan kerajaan bagi kebenaran untuk keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Korang jangan habiskan semua duit itu untuk membeli barang raya tau. Simpan juga untuk kegunaan pada masa hadapan dan waktu kecemasan.

Sebenarnya boleh je deko rumah dengan modal yang rendah seperti yang dilakukan oleh Smaway Waty. Jom ikuti perkongsian dari beliau mengenai dekorasi dinding raya yang telah dilakukan.

Dekorasi Dinding Raya Semudah ABC Dengan Modal Minimum RM100

Barang-barang yang diperlukan:

  • 1 kg gentian kapas (dah dicampurkan dengan gam)
  • 5 liter air suhu bilik

p/s: 1 kg boleh guna untuk dinding berkeluasan 3 meter persegi.

Cara-cara untuk melakukan dekorasi dinding menggunakan gentian kapas.

  1. Campurkan 1 kg gentian kapas dengan 5 liter air.
  2. Gaul sehingga sebati.
  3. Rendam selama 1 hingga 2 jam.
  4. Kemudian tampal pada dinding menggunakan tangan. Dep dep je.
  5. Ratakan gentian kapas pada seluruh permukaan dinding yang hendak di deko dan siap!

p/s: Gentian kapas mengambil masa selama 2 hari untuk kering sepenuhnya.

Contoh Dekorasi Yang Siap Dideko Menggunakan Gentian Kapas.

Tada! Cantik kan selepas dideko dengan gentian kapas ni. Siapa je tak nak bila dekorasi semewah ni kan. Modal rendah, hasil mantap!

dekorasi dinding raya
dekorasi dinding raya
dekorasi dinding raya
dekorasi dinding raya

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi dinding raya kali ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda deko rumah untuk hari raya nanti. Selamat mendeko!

Sumber : @smawaywaty (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down