Mempunyai sebuah vanity mirror ni sememangnya merupakan antara perkara yang sangat disukai ramai terutamanya para-para wanita kerana mereka ini sememangnya tidak lengkap tanpa cermin untuk melakukan makeup. Nak beli sebuah vanity mirror di kedai pun sudah mencecah hampir tiga ratus dan lebih.
Jadi, disebabkan kewangan yang tidak mengizinkan dan harga yang mahal menjadi punca tidak ramai membli lampu vanity ini. Namun, anda boleh lakukan sahaja sebuah DIY vanity mirror macam yang dikongsikan oleh Maria Ariana ini dengan bajet RM100.
Dengan melakukan diy mirror vanity ini, para wanita boleh melakukan makeup selama mana mereka inginkan. Boleh minta tolong abang atau suami lakukan diy ini. Hehehe. Jadi, jom kita lihat bagaimana diy ini dilakukan.
Assalamualaikum, hai semua. Sory la video yang tadi post x elok. Gambar pecah. Kot ada yang tak jelas, ni kita up pic pulak. Ok jom diy vanity mirror yg bajet ni. Hasil kerja cik abang kita. Brg² macam biasa la, dari kedai eco dan hardware.
Step by step tgk kat caption gmbr ya dan yang mna nak share silakan. Cik abg kita izinkan, korg boleh ikut step by step kat gambar ni. Selamat mencuba semua.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Vanity Mirror Ini
Cara Untuk Melakukan DIY Vanity Mirror Bajet Ini
Tebuk lubang pada sisi cermin dan juga tebuk lubang pada soket lampu tu. Sebelum nak tebuk soket tu, tanggalkan besi dalam soket tu dulu.
Sambung soket lampu tu guna cable tie putih.
Ni bahagian pandangan dari belakang cermin. Jarak antara soket² tu boleh berpandukan getah hitam penahan belakang cermin tu. Ada 8 biji getah hitam tu.
Pasang semula besi dalam soket tu yang di buka masa nak tebuk tadi.
Sambungkan wayar pada bahagian belakang.
Untuk last sambungan soket tu wayar potong macam dalam gambar ni tau untuk cucuk kat suis on off.
Pandangan dari belakang. Kemaskan wayar² sambungan tu dengan sembunyikan di dalam lorong² bingkai cermin tu. Ikat guna cable tie hitam kecik.
Ni besi yang 1 inci suku tadi. Ada 4 batang tapi untuk bengkok kan macam ni guna 2 batang ja. Lagi 2 batang untuk buat pengukuh tiang kaki nanti.
Tebuk lubang sebelum cat. Yang tanda² arrow kuning tu kena tebuk lubang tapi ada 1 lubang tu tebuk besar sikit untuk masuk kan suis nanti.
Ok. Tinggal nak cantumkan sahaja.
Testing 1 2 3. Ok siap. Maaf jika ada terkurang tentang tutorial ini. Di harap dapat beri manfaat pada kawan² semua.
Apa macam?? Ada yang berkenan tak?? Tag la pasangan korang suruh buatkan. Hehehe.
Kredit : Maria Ariana