DIY Meja Gunting Rambut Dengan Kayu Pallet Lama

216 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kebanyakan pallet yang masuk ke Malaysia ialah pallet yang diperbuat dari kayu pine. Kayu pine digunakan secara meluas disebabkan oleh pertumbuhannya yang cepat dan kitaran hayat yang pendek.

Untuk pengetahuan anda semua, kayu pine mempunyai warna kayu semulajadi yang sangat cantik. Kayunya juga lembut membuatkan ia mudah untuk diproses dan dijadikan pelbagai produk yang berbeza.

Salah satu produk yang diperbuat dari kayu pine ialah pallet. Pallet banyak digunakan di gudang. Hal ini adalah untuk memudahkan proses mengangkat barang dengan menggunakan forklift.

Jika pallet sudah tidak digunakan atau patah, korang jangan buang tau. Korang boleh buat pelbagai perabot atau barang lain menggunakan kayu pallet. Contohya saudara syahrain syakireen yang telah membuat meja gunting rambut menggunakan kayu pallet.

Kayu Pallet Lama Dijadikan Meja Gunting Rambut Yang Sangat Berguna

@syahrainsyakireen

Tak senang rupanya nak buat meja dari kayu pallet. Terima kasih atas tunjuk ajar. 💪🏼 #fyp #xyzbca #barber #wood #woodworking #diy

♬ Dear God - Avenged Sevenfold

Kayu Pallet Yang Telah Digunakan Untuk Membuat Meja

Nak buang sayang sebab masih elok lagi. Alang-alang tak ada meja gunting rambut lagi, terus decide untuk buat meja dengan kayu pallet ni.

Ambil kayu yang mana perlu sahaja. Yang lain simpan dulu. Mana tahu nanti nak buat kerusi atau rak dengan kayu tu.

Cantumkan kayu pallet untuk dijadikan bahagian kaki meja.

Meja made from kayu pallet hampir siap!

Selepas dah nampak rupa meja yang diingini. Sapu syelek atau varnish pada bahagian permukaan kayu.

Hasil Akhir Setelah Selesai Lakukan Projek DIY

Done! Walaupun tak nampak mewah macam meja yang dijual dekat luar tapi ianya tetap berguna. Yang paling penting ia menjimatkan duit. Yela, untuk orang yang suka berjimat atau baru nak start kumpul duit ni, DIY adalah salah satu cara yang terbaik.

meja gunting rambut
meja gunting rambut

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai DIY meja gunting rambut dengan menggunakan kayu pallet. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada korang untuk melakukan projek DIY yang lain menggunakan kayu pallet.

Kredit : @syahrainsyakireen (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down