Ramai dikalangan kita mengalami masalah yang sama semasa pemasangan langsir rumah iaitu rod langsir senang patah. Perkara tersebut membuatkan bahagian langsir tidak boleh disangkut hook kerana gelang rod itu sudah patah.
Untuk mengatasi masalah sedemikian, ianya boleh digantikan dengan hanya menggunakan cable tie sahaja. Sangat senang dan boleh adjust sama panjang dengan yang asal.
Untuk mengetahui cara penggunaannya, jom ikuti perkongsian dengan lebih lanjut dari Ù…Øمد أمير الهادي عزمي ini.
Benda dalam bulatan merah itu adalah gelang rod langsir yang telah patah.
Keadaan sebelum ianya patah.
Kalau mahukan ianya bergerak-gerak, anda boleh pakai rail aluminium ini.
Ianya lebih tahan. Namun, jika lubang untuk sangkut itu patah, kos untuk tukar murah dan senang sahaja. Kalau nak tukar ring kayu itu, memang sangat rumit, lagi senang pasang cable tie sahaja.
Inilah hasilnya setelah selesai dipasang.
Rail aluminium digunakan pada bahagian kain putih (1) dan kain langsir merah (2) supaya ianya boleh digerakkan.
Pada bahagian no 3 seperti gambar dibawah itu sahaja pakai kayu sebab ianya adalah bahagian hadapan sekali dan mahu menampakkan ianya kelihatan lawa dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.