Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Bermodalkan RM1.4K Sahaja

14,841 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mempunyai satu kabinet dapur di setiap rumah pastinya menjadi satu impian buat para wanita diluar sana. Namun, dengan harga yang mencekik darah dan mahal sangat, ramai yang mengeluh tidak dapat memilikinya.

Jadi, disebabkan tidak dapat membelinya, ramai ambil alternatif lain untuk buat sendiri sahaja kabinet dapur tersebut. Macam yang dilakukan oleh wanita ini dimana beliau telah melakukan satu kabinet dapur terdiri daripada perabot IKEA.

Wanita tersebut banyak menggunakan produk daripada IKEA kerana dia percaya barang tersebut berkualiti tinggi. Barang IKEA juga sangat lengkap untuk melakukan kabinet dapur. Jom kita tengok apa barang yang diperlukan dan cara untuk membuat kabinet dapur yang betul.

Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Yang Mewah & Elegan Dari IKEA

Langkah Penting Sebelum Melakukan Dapur Kabinet 

  1. Pertama sekali kena draf design kedudukan kabinet tu nak macam mana. Bentuk L ke memajang ke U ke island ke.
  2. Pastikan tahu ukuran rumah. Even lukis pakai tangan pun kenalah guna scale yang betul untuk pastikan design tu muat/sesuai dengan saiz dapur.
  3. Untuk ukuran kabinet, model, brand, patern, jenis, warna, tombol, kaki, sinki, paip, etc boleh rujuk website IKEA bahagian KITCHEN.
  4. Kemudian pergi je IKEA bahagian kitchen cabinet dan minta bantuan pekerja IKEA kat situ. Nanti dorang akan tolong dapatkan barang-barang yang kita perlukan.
  5. Dah selesai collect barang, bayar dan boleh bawa balik rumah untuk pasang.
  6. Proses pasang macam biasa, ikut je manual dalam packaging setiap barang yang kita beli tu.
  7. Then siap la. Rak kat dalam kabinet pun boleh diy. Kalau ada duit lagi pergi la IKEA cari shelf dan eksesori tambahan.

Proses Pemasangan Dapur Kabinet Ini

Design dulu. Mesti ikut scale yang betul.

Terpaksa turunkan seat penumpang depan dan belakang untuk muatkan top sepanjang 250cm ni.

Mula-mula kena pasang base. Just cantum-cantum je tiga keping papan ni. Guna cordless drill cepat dan jimat masa

Selesai pasang base pertama. So ada 2. Yang 2 lagi pun just cantum jadi macam ni jugak

Pasang besi atas untuk cantum dengan top nanti

3 biji base siap dipasang. Lepas tu letak je top kat atas. Adjust kedudukan biar centre. Masa ni try dulu susun-susun. Sebelum pasang top bolehla adjust-adjust ikut yang mana berkenan dihati. Masa ni bolehla ubah-ubah lagi. Nanti dah pasang top dah takleh ubah sebab dah skru kan.

Pasang kaki kabinet. Pun guna cordless drill je cepat

Proses pasang pintu kabinet

Sementara menunggu orang buat paip tolong tebukkan lubang sinki kami pasang pintu dulu.

Lubang sinki dah tebuk, top dah pasang masa ni. Kami jugak pasang/letak counter bar kat sebelah kabinet tu

Hasil Akhir Dapur Kabinet Ini

Barang-Barang Yang Digunakan

  • METOD Base Cabinet
  • EKBACKEN Worktop
  • LAGAN Kitchen Tap
  • FYNDIG Sink
  • CAPITA Table Leg
  • SATTA Handle

Sumber : Sisikami

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down