Penghasilan dekorasi dinding dengan menggunakan kayu shiplap cukup digemari oleh pemilik rumah pada masa kini. Hal ini kerana, selain dari mengupah tukang untuk menghasilkan dekorasi dinding seperti ini, ia juga mampu dilakukan secara DIY sahaja.
Disebabkan ianya boleh dilakukan secara DIY, ia merupakan salah satu jalan terbaik bagi memastikan rumah kelihatan ceria walaupun dengan hanya cara bajet.
Itulah yang dilakukan oleh suami kepada Rose Afzariah ini. Beliau telah berkongsi cara penghasilan shiplap pada dinding bawah dalam tempoh 4 hari.
Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah, siap sudah projek dinding shiplap ini walaupun ambil masa 4 hari untuk disiapkan.
Suami buat sikit-sikit janji siap.
Terima kasih kepada kawan-kawan group yang bagi panduan tentang cara penggunaan cat yang sesuai.
Projek seterusnya pula nak tukar konsep sekarang kepada konsep farmhouse.
Bahagian dinding yang ingin dipasang shiplap wall itu.
Kayu shiplap mula dipasang.
Kepingan kayu MDF mula dilekatkan pada dinding dengan menggunakan Gam Xbond.
Proses pemasangan sudah hampir siap separuh.
Setelah selesai dipasang, ia perlu disapu dengan cat undercoat terlebih dahulu sebelum dicat dengan warna idaman.
Hasil pada bahagian dinding setelah selesai dicat dengan warna pilihan. Beliau memilih warna putih pada bahagian dinding tersebut.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi idea kepada pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi pada bahagian dinding ruang tamu. Semoga bermanfaat.