Rumah anda pernah ditenggelami air banjir? Pasti masih ramai yang tidak mengetahui perkara penting ini. Sebelum mengecat semula permukaan dinding tersebut, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan dan ditekankan terlebih dahulu.
Jika tidak melakukan persediaan permukaan yang cukup sempurna pada dinding yang ditenggelami air banjir itu, maka, kerja mengecat hanyalah sia-sia kerana ia tidak akan tahan lama.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Langkah pertama, kupas cat lama pada dinding rumah dengan menggunakan peralatan yang sesuai.
Pastikan dinding yang ingin di cat itu kering sepenuhnya.
Selepas itu, licinkan permukaan dinding tersebut dengan menggunakan kertas pasir.
Kemudian, bersihkan dinding itu dengan air bersih dan keringkan.
Selepas itu, aplikasikan bahagian dinding tersebut dengan menggunakan sealer dan cat mengikut warna pilihan anda.
Mudah je kan? Namun ramai yang terlepas pandang tentang perkara ini. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca diluar sana.
Kredit : @binapaint