Sangat beruntung seorang isteri itu apabila memiliki suami yang pandai bertukang sendiri dan dapat menghasilkan dekorasi rumah dengan konsep mengikut keinginan sendiri.
Sebenarnya banyak kelebihan apabila menghasilkan sendiri ubahsuai dan dekorasi rumah ini. Salah satunya adalah dapat menjimatkan bajet, kalau mengupah orang, sudah pasti kos yang dikeluarkan akan lebih banyak lagi.
Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Ben Safwan yang merupakan suami dan ayah kepada 2 orang anak.
Untuk melihat dengan lebih lanjut projek DIY yang dilakukan ini, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Inilah ruang stor, drawer gergasi dan tempat duduk yang saya buat untuk isteri dan anak-anak bermain.
Rumah teres yang berjaya saya maksimakan penggunaan ruang dan beri lebih keselesaan pada anak-anak.
Seronok tengok bila anak isteri suka.
Bahagian bawah tangga ini sebelum diubahsuai. Ruang ini bersaiz 8 kaki x 2 kaki lebih, ia dijadikan ruang bermain untuk anak, dan isteri lepak.
Pada dinding sebelah kanan dipasang dinding shiplap untuk dijadikan tempat simpan barang lalu dicat dengan warna kegemaran beliau iaitu purple.
Di bahagian bawah pula dipasang 2 drawer beroda 3 kaki lebih setiap satu dan lebar 6 kaki stor.
Pandangan penuh ruang bawah tangga ini selepas berjaya diubahsuai. Kos material 2k lebih sebab tilam itu berharga RM600. Tilam itu jenis duduk tak tenggelam, sangat berpuas hati. Lain-lain pula untuk kos material lain.
Tilam yang digunakan itu jenis cushion sofa. bersaiz 3 inci dan memang tak tenggelam. Cover yang digunakan pula jenis fabric waterproof shiplap pakai MDF 3mm.
Kepingan marble Itu ialah HPL corak Marble Undercoat Jotun color Nippon Easywash Grape Freeze Ac2089a. Pada bahagian dinding itu beliau guna kepingan dusty pink gold frame.
Itu sahaja perkongsian projek DIY yang dihasilkan pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca Giler Deco diluar sana.
Semoga bermanfaat.