Penggunaan kabinet dapur jenis table top cukup mampu membuatkan ruang dapur kelihatan lebih menarik dan ceria. Namun, jika mahu ianya nampak lebih premium, penggunaan dapur jenis tanam amatlah disyorkan.
Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Shahir Rashid, beliau telah mengubahsuai kabinet IKEA itu dengan menjadikannya sebagai dapur table top tanam.
Jadi, tanpa bercerita panjang lagi, jom kita teruskan bacaan di bawah ini.
Proses pemasangan dapur tanam pada kabinet dapur IKEA, pasang sendiri je.
Mula-mula, ukur dan tanda bahagian yang ingin dipotong itu.
Kemudian, potong dengan menggunakan mesin Speed JIG SAW Cutter. Mesin yang digunakan di beli dari Shopee.
Boleh dapatkan di sini: https://shope.ee/5KbBKmIn0C
Kabinet dapur selesai dipotong.
Selepas itu, ukur dahulu bahagian yang telah dipotong itu sebelum dapur di tanam.
Inilah hasilnya, dapur berjaya ditanam tanpa masalah. Barulah ruang dapur nampak lebih wow.
Itu sahaja perkongsian menarik mengenai projek DIY pada ruang dapur untuk kali ini. Semoga ianya dapat membantu pembaca di luar sana dalam menghasilkan projek ubahsuai dengan cara jimat. Selamat mencuba.