Proses Renovasi Dan Ubahsuai Halaman Rumah Dengan Rumput Karpet

6,007 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Melakukan sesuatu renovasi atau juga ubahsuai pada bahagian halaman rumah ini amatlah perlu dilakukan jika ingin mengekalkan kawasan sekeliling rumah terus nampak cantik dan berseri-seri. Lagi elok kalau halaman tersebut diletakkan rumput karpet agar menaikkan lagi kehijau-hijauan halaman tersebut.

Macam yang dikongsikan oleh Aida Mia ini melalui posting disebuah grup Kami Suka Deko Deko ini. Beliau menunjukkan hasil sebelum dan selepas hasil akhir ruang halaman rumah beliau yang kosong kini dipenuhi dengan rumput karpet dan dekorasi yang lain.

Menurut beliau lagi lepasni tak perlu dah susah-susah nak jaga rumput lagi. Jadi, jom kita lihat perkongsian daripada beliau ini.

Proses Renovasi & Ubahsuai Halaman Rumah Dengan Rumput Karpet Menghijau

After renovate and ubahsuai laman rumah. Letak simen and artifical grass, tabur batu, settle! Tak perlu nk susah2 jaga rumput lagi. Lega sangat rasanya.

Sebelum & Selepas Ubahsuai Pada Bahagian Ruang "Laundry Area"

Inilah dia keadaan bahagian laundry area ini sebelum ubahsuai pada bahagian tersebut dilakukan. Plan asal memang nak jadikan ini sebagai tempat untuk melepak dan juga bahagian laundry.

Ubahsuai Halaman Rumah

Dah tengokkan tadi hasil sebelum kan? Kini, inilah dia hasil selepas renovasi bahagian laundry tersebut dilakukan. Petang-petang boleh datang kesini untuk santai dengan family tersayang atau juga seorang diri.

Ubahsuai Halaman Rumah
Ubahsuai Halaman Rumah

Sebelum & Selepas Ubahsuai Pada Bahagian Halaman Rumah

Selepas ubahsuai halaman rumah pada bahagian laundry. Kini beralih pula kepada halaman rumah pula. Inilah dia keadaan halaman rumah yang asal. Ni time rumput tak panjang. Kalau dah panjang memang sakit hati tengok. Apepun ubahsuai halaman rumah pada bahagian ini wajib dilakukan.

Ubahsuai Halaman Rumah

Tadaaaa! Inilah dia hasil selepas ubahsuai halaman rumah ini dilakukan. Halaman ini diletakkan simen, rumput karpet dan juga tabur batu untuk menaikkan seri halaman ini.

Ubahsuai Halaman Rumah
Ubahsuai Halaman Rumah

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini mengenai ubahsuai halaman rumah milik Aida Mia ni. Diharap perkongsian ini dapat memberikan inspirasi untuk anda semua.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Kredit : Aida Mia

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down