Penghasilan ubahsuai dan dekorasi dapur tidak semestinya memerlukan kos yang besar baru dapat membuatkan ianya kelihatan mewah dan menarik. Ianya juga dapat dilakukan dengan cara bajet sahaja dengan kos yang dikeluarkan cukup berpatutan dengan jumlah kewangan yang kita ada.
Perkara tersebut dibuktikan sendiri oleh pemilik rumah ini yang bernama Lee Nadia Dan Humaira. Beliau membuktikan walaupun dengan hanya berbekalkan bajet yang cukup minimum, ianya sudah cukup menjadikan dapur rumah kelihatan baru dengan cara tersendiri.
Jadi, bagi melihat keadaan sebelum dan selepas dapur ini diubahsuai, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Bertukang hujung minggu. Hanya dengan menggunakan wallpaper dan vinyl sahaja deco dengan cara bajet
3 minggu siapkan sebab cuti sabtu dan ahad je.
Bahagian dapur dan kabinet gantung sebelum diubahsuai,
Bahagian dapur tersebut setelah berjaya diubahsuai. Nampak cantik bahagian dinding itu kan? Beliau hanya menggunakan wallpaper marble sahaja.
Gambar penuh dapur sebelum diubahsuai.
Gambar penuh dapur selepas diubahsuai. Pada bahagian lantai pula, beliau memilih untuk memasang vinyl pada lantai tersebut.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca untuk dijadikan inspirasi dalam menghasilkan dekorasi dapur cara bajet. Selamat mencuba